1Malaysia1Malaysia

Wednesday, 16 May 2012

 

Follow the 2012 Budget Tabling Live Here

Posted in BlogGovernment/Policy on Date October 7th, 2011 by Najib Razak | Comments View Comments

Ikuti pembentangan secara langsung di 1Malaysia TV

Baca teks ucapan penuh di sini

Bajet 2012: “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet ini akan memberi penekanan kepada lima fokus utama:

Fokus Pertama: Meligat Pelaburan
Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi
Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar
Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam
Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat

MELIGAT PELABURAN

  • Pakej Rangsangan Khas – RM 6 Bilion
  • Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
  • Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
  • Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
  • Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
  • Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

  • Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
  • Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
  • Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam
  • Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi

  • Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA
  • Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
  • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
  • Program realiti dan dokumentari di media
  • Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
  • Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
  • Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

INSENTIF PERCUKAIAN

Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan

  • Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
  • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
  • Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
  • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
  • Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
  • Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
  • Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
  • Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.

Industri Perhotelan

  • Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.

Lain-lain

  • Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
  • Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
  • Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
  • Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
  • Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
  • Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.

PENDIDIKAN

  • Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
  • Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
  • Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

  • Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
  • Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
  • Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
  • Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
  • Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
  • Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
  • Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
  • Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
  • Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM

  • Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
  • Menambah baik struktur gaji penjawat awam
    • kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
    • kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
  • Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
    • Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
  • Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
  • Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
  • Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK

  • Pesara Kerajaan
    • menikmati pelarasan pencen
    • Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
  • Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan

MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
  • Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
  • Penerusan subsidi bil elektrik RM20
  • Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
  • Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
  • Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
  • Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
  • Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

  • Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
  • Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
  • Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
  • Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
  • Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
  • Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan

PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

  • Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
  • Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  • Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah- Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA

  • Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.

MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA

  • Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
  • Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
  • Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN

  • Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
  • Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
  • Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
  • Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
  • Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560

YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN

  • Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi

ANJUNG SINGGAH

  • Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.

MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA

  • Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
  • Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
  • Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro kaum
  • Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur

BELIA PENGGERAK MASA DEPAN

  • Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
  • Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
  • 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
  • 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah

MENGHARGAI JASA WARGA EMAS

  • Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
  • Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.

PENDAFTARAN AWAL HAJI

  • Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum.

Tags: , , , , , , , , , ,

|

  • kazuya mishima

    Datuk Najib and BN…great….!! :) Thanks…

  • wieclin

    Skim Khimat Singkat lupa diberitahu status kontraknya yang akan tamat pada tahun ini..Skim khimat Singkat bagi Pembantu Kesihatan Awam..sepatutnya jawatan ini diwujudkan di Pihak Berkuasa Tempatan bagi negeri Sarawak & Sabah.

  • government servant

    Stupid hopeless budget… Count ur days coz u r going down. After watching the budget live just now, i’m 100% will vote for pakatan

  • Ahmad Sabli

    Tahniah DS Najib atas bajet yang begitu baik sekali. Inilah pertama kali saya mengikuti pembentangan bajet sampai akhir. saya seorang warga emas dan berterima kasih kepd kerajaan dgn memberi diskaun 50% LRT/monorel. Datuk Sri, bagaimana pula dgn tambang bas, tak ada diskaun kah. saya ini selalu pergi mengguna bas dari tempat ke tempat menziarah anak dan keluarga di bandar lain.

  • mustariah

    TERIMA KASIH KERAJAAN, TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL, TERIMA KASIH PERDANA MENTERI. TERIMA KASIH NEGARA MALAYSIA..
    SEMOGA KEKAL JAJAHAN KERAJAAN BERDAULAT..
    KERAJAAN BERJIWA RAKYAT.. KERJAAAN PERHATIN..

  • Anonymous

    saya bagi pihak semua kaum khususnya di sarawak mempersoalkan kenapa gaji ketua kaum masih belum di naikan daripada rm 450 kepada rm 800 yang telah di bentangkan dalam pembentangan bajet pada 2010

  • Warganegara Malaysia

    Belanjawan 2012 sepatutnya lebih menekankan kepada warganegara Malaysia.  Kemudahan pembelajaran dan kesihatan juga boleh dinikmati oleh warganegara asing yang menyebabkan warganegara sendiri terpinggir.  Lihat di klinik, hospital dan sekolah.  Siapa yang menggunakan kemudahan itu.  Rakyat sendiri mencari kemudahan kesihatan yang lebih baik kerana terpaksa berkongsi dan berasak-asak dengan warganegara asing.

    Mereka tidak dikenakan cukai malah bebas berniaga dengan pendapatan yang layak dikenakan cukai tapi layak menggunakan kemudahan negara ini seadanya. 1Malaysia adalah untuk warganegara Malaysia dan tidak mustahil dengan kebanjiran warga asing yang dari negara yang memang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi meminggirkan penduduk asal Tanah Melayu.

    Oleh itu, saya yang bekerja swasta warganegara Malaysia, mendapat manfaat sama dengan bukan warganegara. 
    Sila renungkan.

  • http://twitter.com/fadzilmanaf fadzil manaf

    Dato Seri, kalau boleh minta review semula 2 perkara ini kerana sy rasa ianya amat bermakna untuk mid-income earners- lupuskan income tax untuk pekerja bergaji RM5000 ke bwh dan tetapkan dividen KWSP yg lebih tinggi (20-30%) agar simpanan masa tua lebih terjamin.

  • Eyna_tzm

    Btul tue mcmana nk mohon

  • Sal_moon3g

    KITA LIHAT KALI INI MEMANG MESRA RAKYAT.. TAPI SAYA LIHAT BAJET INI HANYA TERTUMPU KEPADA GOLONGAN PENDIDIK SAHAJA.. ADAKAH KAMI KAKITANGAN SOKONGAN DIPINGGIRKAN??? DAN BAGAIMANA PULA DENGAN KAKITANGAN SWASTA YANG MENYUMBANG KEPADA EKONOMI NEGARA??? 
    APA YANG SAYA MAHU DS TAU.. JIKA ISU BERKENAAN SEPARUH BULAN GAJI, HANYA TERLALU KECIL BAGI KAMI GOLONGAN BAWAHAN YANG PURATA GAJI DARI GRED N17P1T1-P3.. BERBANDING DENGAN GOLONGAN SWASTA YANG MENIKMATI BONUS BERBULAN-BULAN GAJI SEPERTI PROTON, PERODUA, TOYOTA DAN KILANG-KILANG.. TAPI KAMI MASIH SETIA MENERAJU KERAJAAN KE ARAH KEJAYAAN..
    APA YANG DS PATUT LIHAT IALAH MELIHAT KE AKAR UMBI PERMASALAHAN AWAM DAN RAKYAT ..

  • Juhainah Binti Kamsin

    macam yg isi rumah bawah rm3000 tu diberi bantuan rm500 setiap bulan atau mcm mana dn dia prlu brdaftar dahulu atau diberi secara automatik atau pun cuma kakitangan kerajaan je yg dpt swasta tak dapat ke?

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000797042516 Mdm Langsat

    bagus baetol budget 2012 ni…. memudahkan rakyat… ini baru betol dengan slogan “RAKYAT DI UTAMAKAN” mengenai bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah yang di bentangkan dalam budget 2012 ini…. kene buat permohonan ke? sila terangkan…

  • Kampung Girl

    Assalamaualaikum Dato’ Seri,
    Budget 2012 seems focusing to government servant only. How about we at private sector? Defenitely our salary is higher than government servant, but pls look at our responsibility & effectiveness. We also need to pay tax. This time budget does not much support us who are in private sector. One more thing, I really BEGGING you to waive the PTPTN loan interest. Alhamdullilah I already paid all my PTPTN loan. However, the interest is killing all borrowers. My point is very simple. If we are rich, we will not make a loan. If we poor, we need to make a loan. The government did introduced PTPTN. So, poor student will borrow from PTPTN. Once they graduated & searching for job, do you think they will straight away get a good job? I don’t think so…At the same time, the cost living is increasing….They need to pay this & that, including the interest. We borrow from PTPTN because we want further study, not to buy a car, house etc. So why categorize us the same as other borrower? Wassalam.

  • Manoharan

    YAB Dato Seri, the 2012 budget is a great budget for the people and it’s a peoples budget. It would have been great if the government include more perks in respect of medical benefit for the senior citizen and also employees from private sectors. Today medical treatment have become very costly that many have to dig into the retirement saving to treat dreadful illness. I am sure your government will do some for the poor on the street ……Thank you Sir. 

  • Fahmi_ahmad13

    Wahai sahabat & rakan2 ku….berterima kasih & bersyukurlah dgn nikmat yg diberikan oleh ALLAH SWT…jika dibandingkan dgn negara lain,Malaysia is the best.

  • http://www.bloggerwanita.com/apa-kelebihan-pekerja-swasta-dalam-bajet-2012/ Apa Kelebihan Pekerja Swasta Dalam Bajet 2012? | Aku Seorang Blogger Wanita ™

    [...] Korang nak tahu lebih lanjut intipati atau isi kandungan pembentangan Bajet 2012. Boleh layari http://www.1malaysia.com.my atau klik sini. [...]

  • Keristuah

    Bajet 2012 hanya memberikan kebaikan kepada kakitangan kerajaan & awam. Bagi pekerja swasta yg berpendapatan atas RM3000 mcm saya, tak dapat merasakan apa keuntungan dari bajet 2012 malah terpaksa membayar cukai pendapatan seperti biasa jika lewat dikenakan penalti atau denda.
    Inikah kerajaan yg mengutamakan rakyat

  • Sakeyorganization

    Assalamualaikum  datuk kenapa dalam Bajet 2012 pencen pesara kerajaan dinaikkan?bagaimana pula dengan pesara swasta yang turut memberi sumbangan dalam mengapai negara berpendapatan tinggi.Kenapa pesara swasta tidak diberi elaun malahan pencen pesara awam dinaikkan?Setahu saya sektor swast banyak membangunkan negara.                                                          -Terima kasih

  • Cindy

    Perdana Menteri yang disayangi,
    Terima kasih atas bajet 2012 yang memberi banyak faedah kepada pegawai kerajaan. Walau bagaimanapun, saya berharap umur persaraan wajib jangan ditetapkan pada umur 60 pada skim baru tetapi berilah peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk memilih umur persaraan yang dirasakan sesuai. Contohnya, umur 56, 58 dan 60

  • Jasni Mahmud

    Bajet yang beri impak terus kepada kehidupan rakyat akan disokong.Bajet yang mudah ‘dirasai’ akan beri keyakinan dan menenangkan fikiran orang awam.Cadangan lain yang boleh beri impak ialah pengunaan maksimum tanah diluar bandar bagi tanaman komersial dengan bantuan kelengkapan moden melalui Pusat Kemajuan Pertanian setiap DUN dan Parlimen.Pusat dilengkapi jentera2 paling moden bagi kegunaan petani secara percuma bagi memulakan projek.
    Cadangan lain ialah pusat berdikari bagi mereka yang kehilangan mata pencarian,contoh sesiapa yang kehilangan  kerja secara terpaksa bolih mendapatkan peralatan yang disediakan secara pinjam bagi mencari wang saperti mesin rumput,mesin air tebu,dll.Kerajaan mengadakan peralatan2 yang dibawah selian wakil rakyat.Sekian.Terima kasih. 

  • http://www.facebook.com/azimah.sukian Azimah Sukian

    Assalamualaikum Yg Berhormat PM…
    terima kasih atas bantuan rm500 bg yg pendapatan isirumah kurang dri rm3000/- tapi adakah ia hanya layak utk rakyat yg bekerja di M’sia saje? Bagaimana dgn rakyat yg bekerja di S’pore misalnya….walaupun kerja di sana org kata gaji mahal…tetapi gaji yg diperolehi bila ditukar ke matawang M’sia masih kurang dri rm3000/- {cth:- kerja sbg cleaner basic pay SD700/- + OT dll = SD1000/- x 2.4 (ikut kadar tukaran matawang terkini) = RM2400/-}…so…layak tak dpt bantuan tu sbb kami tak mau nnti bila daftar nama di LHDN utk claim bantuan tu mrk kata tak boleh pulak…??? harap PM atau pihak yg berkenaan dpt bagi penjelasan mengenainya ye…terima kasih…

  • Mr Ng

    Salam 1 Malaysia,

    Saya ada dua cadangan iaitu mengubah nama gaji sesuai dan membuka akuan “gaji satu Malaysia”

    Cadangan pertama ialah mengubah nama gaji kerajaan dan gaji swasta bergabung sebagai gaji satu Malaysia” supaya seadil-adil kepada semua pekerja kerajaan dan swasta dari golongan pendapatan kurang gaji RM3000.00 sebulan tidak mencukupi kewangan dalam sebulan. 

     Selain daripada itu ,Kebanyakan pekerja swasta masih berjuang sejak abad ke 20 mengenai isu Kos Sara Hidup ( COLA) seperti dinikmati pekerja kerajaan. Ini kerana segenlitir pihak majikan swasta mendapatkan keuntungan hanya mementingkan diri sendiri iaitu (dibelakang akta kerja dikuasai kerajaan) tanpa menaikan gaji atau menaikan gaji kurang daripada 1% setiap tahun. 

     Pihak Kerajaan seharus menaikan gaji kepada nasib pekerja kerajaan kurang RM 1000 sebulan bukan isu perjuang bonus setengah bulanan kehidupan berbanding dengan kebanyakan pekerja swasta hidup serupa miskin.

    Cadangan kedua ialah membuka akaun gaji satu Malaysia kepada pekerja swasta dan pekerja kerajaan
    berumur 18 tahun ke atas
    - Warganegara Malaysia
    - Gaji kurang RM3000 setiap bulan
    - Bayaran RM100 kepada bukan bumiputera
    - Bayaran RM 10 kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak , kaum asli serta kaum Melayu.
    -Berkerja sebagai kerajaan atau swasta- Salinan penyata gaji sebulan bersama dengan original - Jika sudah berkahwinan bawa salinan Sijil perkahwinan bersama dengan original daripada hanya PIHAK Kerajaan sahaja- Jika ada anak bawa sijil surat beranak dan MYKID untuk mengesahkan.
    Contoh : Pihak Majikan swasta memberikan gaji RM900 sebulan manakala pihak kerajaan menambah kos sara hidup RM400 ditambah kerdit di dalam akaun gaji satu Malaysia melalui bank ( contoh : Bank Simpnan Nasional atau maybank) kepada pekerja swasta tanpa berkahwin kerana tinggal bersama dengan keluarga. bagi Kakitangan kerajaan akan turut sama dengan kakitangan swasta seperti perkara di atas tersbut

    Syarat pihak kerajaan diberikan RM400 ( belum berkahwinan dan belum anak)RM500 ( berkahwinan dan belum anak) RM650 ( seorang anak)
    RM750 ( dua anak)RM850 ( tiga anak)RM950 ( empat anak)Saya berharap perkara di atas diberikan cadangan tersebut sama ada menolak atau menerima.

    Terima Kasih

  • Nadeea

    saya merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Kontrak yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia,saya cuba untuk mewakili semua  mohon DS cuba renungi kronologi nasib kami. Pada tahun 2009, di bawah pakej rangsangan ekonomi, kami di ambil bekerja setelah menempuh temuduga terbuka yang didatangi oleh lebih beribu-ribu orang. Yang bernasib baik, ditempatkan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Pada mulanya, bermacam jawatan yang diwujudkan untuk membantu lepasan SPM, Diploma dan Ijazah. Dari Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir dan Pegawai Tadbir. Awal 2010 hanya 2 orang Pegawai Tadbir di setiap Pejabat Pelajaran Daerah di sambung kontrak. Yang lain, hanya mampu melangkah pergi dengan harapan pengalaman selamat 6 bulan bekerja di sektor awam dapat memberi jaminan untuk melangkah ke sektor lain. Penghujung tahun 2010, sekali lagi nasib kami di perjudikan. Surat penyambungan kontrak diterima tetapi hanya seorang Pegawai Tadbir yang layak, manakala yang seorang lagi menerima nasib sama dengan yang lain. Pada hujung tahun ini (2011), apa lagi nasib yang bakal kami terima? Baik atau sebaliknya? Diharapkan DS dapat membela nasib kami. Terima kasih.

  • Jeff

    salam dato seri….bajet yang menguntungkan rakyat dari semua sudut…tapi saya sebagai penjawat awam kakitangan sokongan rasa terpinggir sedikit apabila dibawah SBPA kami tidak dibagi bantuan dalam melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi..seperti yang sedia maklum kakitangan sokongan kebanyakkannya memiliki spm sahaja…dengan ini kami dapat malanjutkan pelajaran ke peringkat diploma sekiranya ada bantuan dari pihak kerajaan disebabkan kami ini golongan berpendapatan rendah….dengan melanjutkan pelajaran kami boleh menaiktaraf kehidupan di kemudian hari…harap mendapat perhatian…terima kasih PM atas apa bantuan yang telah diberikan…

  • aifa

    Saya nak tanya..sapa yang baca blog nie?Dato’ Sri PM baca ke? Klu sekadar komen kat sini tapi tiada tindakan buat apa, sia2 saja. Buat penat tulis tapi tiada apa2 tindakan.Dah berpuluh komen ditulis..tapai tiada ‘reply’pun dari PM.PM x baca ke komen kat sini?Kalau x baca baik x payah buat blog.Orang lain jer dok baca.

  • Marry2341_sed@yahoo.com

     I LOVE MALAYSIA..
    ASSALAMUALAIKUM DATO, berdasarkan belanjawan yang dibentangkan oleh Dato, kebanyakan manfaat yang diberikan adalah untuk golongan yang berjawatan tinggi seperti para guru, di mana para guru diberikan banyak keistimewaan berbanding kakitangan kerajaan yang lain, dengan ini telah mewujudkan banyak ketidakpuasan hati golongan yang bergred rendah. Dengan ini mewujudkan jurang perbezaan kekayaan yang ketara antara golongan atasan dan golongan yang rendah. Selain itu para guru senang diberikan kenaikan pangkat berbanding golongan yang lain berdasarkan time based manakala golongan pekerja yang lain tiada time based. Selain itu saya berharap pihak kerajaan juga mempertimbangkan semula skim pencen, saya berharap kerajaaan akan keluarkan semula persaraan wajib 55 tahun, jika kerajaan wujudkan pencen 60 tahun akan menyekatkan peluang pekerjaan kepada golongan muda pada masa akan datang. Saya berharap pihak dapat mengkaji semula kenaikan gaji terdapat perbezaan  yang ketara antara golongan atasan dan golongan rendah dengan ini dapat mewujudkan jurang kemiskinan di kalangan penjawat awam. Berharap kerajaan dapat laksanakan Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

  • Mazlanmanaf

    Assalamualaikum.

    Pada pandangan saya, kerajaan hendaklah memudahkan cara untuk menyalurkan bantuan RM500 yang diumumkan. Seperti yang dinyatakan oleh saudara di atas jika mereka perlu berdaftar dengan LHDN mungkin akan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati bantuan tersebut. Tambahan pula ianya melibatkan lebih 3juta pemohon. Saya mencadangkan agar pemohon hanya perlu mendapat pengesahan majikan ataupun penghulu/adun/mp untuk memohon. Permohonan dihantar kepada 1 pusat sehenti untuk proses kelulusan dan segala data disalur kepada LHDN. Surat kelulusan dihantar kepada pemohon untuk urusan pembayaran di pejabat pos ataupun BSN.

    Usaha untuk memajukan kampung tradisional seperti yang diumumkan juga amat menarik jika pihak kerajaan berjaya meningkatkan insfrastruktur kawasan ini. Perbelanjaan hendaklah memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut. Adalah lebih baik bagi setengah-setengah kawasan peruntukan disalurkan untuk membangunkan ekonomi kawasan tersebut. Biarlah projek tersebut kecil tetapi mungkin dapat mengwujudkan peluang pekerjaan dan melatih penduduk kawasan tersebut berniaga. Untuk meningkatkan minat dan ilmu perniagaan, kerajaan boleh mengadakan pertandingan cadangan perniagaan bagi kampung tradisi dan menawarkan yang menarik. Pemenang akan mendapat geran bantuan kerajaan untuk menjalankan projek perniagaan tersebut melalui koperasi. Kawasan kampung tradisi ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan andainya penduduk dan kerajaan berganding tangan menjayakan matlamat ini.

  • Mazlanmanaf

    Haram membunuh diri saudara. Syukurlah dengan nikmat kehidupan yang kita lalui ini . Cuba saudara bayangkan sakitnya diri yang terbakar itu dan sudah barang tentu saudara menzalimi diri sendiri. Jika cabaran sebegini saudara gagal tangani dengan bijak bagaimanakah saudara rasa layak untuk menjadi pendidik?

  • Hardstylahz D. Appy

    salam 1 malaysia…hehehe..Thankz PM…cuma saya nak tanya sikit,Program Perumahan Rakyat tu benar ada atau tiada di sabah atau pun khas untuk di semenanjung malaysia sahaja .???…

  • Mek_rock

    siapa ckp klu ada ‘kabel’ dapat kerja kerajaan……..setakat ni sy dan kwn2 dpt kerja bab kebetulan matematik atau akaun dpt kredit bg pembantu tadbir kew,dan bg pt p/o…BM dan pelajaran yg lain ok dlm spm……utk pengetahuan semua jugak….biasa manusia ni bl x dpt kerja kerajaan semua kata prestasi org kerajaan x bagus….tp bl dah msk sendiri dlm kerajaan secara automatik akan berperagai yg sama jugak…..kerja sikit main jer byk bab dlm kerajaan tak boleh dibuang kerja sesuka hati….tp dlm sektor swasta bila2 masa boleh dipecat tu yg pekerja terpaksa rajinkan diri berkerja…………

  • Saipu Bahri

    Had umur persaraan penjawat awam tidak patut dilanjutkan. Beri peluang kepada graduan menganggur. STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi
    Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun
    mempunyai kelayakan yang baik (sumber: Utusan Malaysia Online)

  • Pemerhati

    assalamualaikum.Klau camtu la yg dikata olih M.r,maka sah la maknanya prestasi penjawat awam masih x berubah.Dgn itu…pada fikiran anda adakah layak bg penjawat awam untuk menerima kenaikan gaji?,sedangkan prestasi masih x berubah?.(*utk penjawat awam yg terlibat sahaja.Bg yang serius dlm kerjanya….alhamdulillah syukur moga keseriusan anda dilihat dan dihargai)

  • Pemerhati

    Assalamualaikum.Berita semalam 12.10.2011,pengarah LHDN kata bila borang dikeluarkan mereka akan maklumkan pada kita semua.(Harus melalui media cetak dan elektronik)Jangkaannya 2 bulan lg kot.So…just cross yr finger.

  • Steelbook937

    Bajet 2012 bagi pendapat saya banyak spoon feeding…yg sudah terima bantuan hendaklah bersyukur…mereka sepatutnya stop merungut…Bagi kami yg bekerja bahagian swaste adalh sgt2 mencabar terutamanya bergaji rendah…w/pon belum bekerluarga saya belum lagi berkemampuan utk memiliki rumah sdr..Harga rumah di miri adalah sgt tinggi…di luar kemampuan…w/pon gaji 3k sebulan…huhuhu….harap Dato’ Seri dapat meniliti hal ini…

  • Aziz Alsafi

    YAB Dato Sri,
    Tahniah diatas budget yang paling baik dalam sejarah Malaysia, semua orang mendapat habuan. Bagi saya sebagai seorang doktor, saya ingin melihat lebih banyak program dan peruntukan diberikan untuk program pencegahan penyakit kronik seperti; lebih banyak trak jogging disediakan untuk masyarakat exercise, kemudahan untuk menggunakan basikal dalam kehidupan harian seperti laluan untuk basikal, kemudahan untuk parking basikal dipejabat, sekolah dan sebagainya. Terima kasih YAB DS
    Salam mesra
    Aziz al-Safi

  • bakalGuru

    Tahniah untuk bajet 2012 ini amat hebat semua kebajikan rakyat diberi pembelaan yg sama…tahniah kepada kpimpinan sekarang..Tapi yang merungsingkan graduan seperti saya dan ramai lagi rakan-rakan saya yang belum posting sebagai seorang pendidik dimana hak kami kenapa kerajaan pentingkan guru-guru sandaran tidak terlatih dahulu tetapi kami yang bersungguh-sungguh untuk menjadi pendidik terasa diabaikan..tolong jelaskan hal kami kerana ramai graduan guru seperti kami takot akan mempengaruhi PRU nanti saya sayangkan kepimpinan yang sekarang…

  • Alice

    i nak tau cara minta bantuan tentang elaun kepada anak sekolah rendah.elaun bantuan rm500,n rumah spnb. n apakah warganegara malaysia yg mempunyai istri warga asing juga berhak untuk mempunyai rumah spnb? harap soalan saya ini mendapat balasan dari anda.

  • Atuk

    Elaun khas pemandu kenderaan Gred R3 perlu juga dikaji. Contohnya pemandu bas yang beratnya kurang 5000kg. Tapi kalau memandu kenderaan itu perlukan lesen kelas E. Mereka tak mendapat elaun walaupun cara pemanduannya sama seperti bas besar. 

  • Poseidon_ully

    On raising retirement age for private sector to 60. Appreciate if Goverment could review & debate first before endorsing. What about our unemployment rate? Will there be any co-relations between raising retirement age with unemployment rate? If there is, suggest Goverment allows private sectors to have option of raising the retirement age of critical positions that has no potential successor.
    If will be nightmares for companies who have already implemented & activate succession plan for outgoing incumbent and then to be caught by requirement to increase the retirement age. The companies would have problem retaining their talent who had been groomed to succeed someone who is supposed to retire (for example) this year but then had to wait another 5 years (55 yrs is the retirement age for most private companies) to take over the position.
    Do we have enough jobs to retain talents & address unemployment espt. amongst graduates?
    I think issue of unemployment rate is greater .

  • young man

    The budget looks great, but it could be better. For instance, look at our internet service provider. Now the price is high, but the speed is so slow. Every few months, `Cable problems’!!!

    If BN can promise low price and good speed for internet, then I think BN will get the vote of the younger generation. If not, then most likely the younger ones will go for PR. What is being said now is that:

    “A vote for BN is a vote for slow speed, a vote for PR may change the speed”

  • Sbh1957

    Salam DS, Saya amat berterima kasih atas Bajet 2012, tetapi saya amat tidak bersetuju dengan pemberian RM100 kepada pelajar. Elok DS menghapuskan yuran sekolah saja, wang RM 100(atau kurang) diperuntukan kepada PIBG untuk menganjurkan program berfaedah kepada pelajar. Berapa juta yang perlu dikeluarkan untuk membayar setiap pelajar.Saya lebih setuju jika ianya disalurkan kepada pihak sekolah atau PIBG. Terima kasih sekali lagi atas bajet, cuma saya ingin bertanya, adakah mereka yang sudah mati gaji lebih 5 tahun akan dibayar gaji mati juga dalam kenaikan yang baru ini? 

  • Slex

    Syabas, budget yang memuaskan untuk rakyat, tambahkanlah dengan menukar umur saraan swasta daripada 55 tahun ke 60 tahun secepat mungkin.

  • siti sarimah binti md sharif

    PMmacam mana nak apply bantuan rm 500 untuk berpendapatan kurang dari rm3000

  • siti sarimah binti md sharif

    yer lah bagaimana caranyer??????????

  • Faizma_emma89

    Salam… Saya ingin bertanya, apa status kami sebagai pekerja kontrak skim perkhidmatan singkat….. nak mati rasanya bila tiada apa2 respon dri DSN… Bantu kami, kami jua undi BN sama spt yg lain, tp apa pun xdpt….. KWSP, ELAUN2… Semua xad… sambung pn x… kami nk makan ape lepas n… nk sara keluarga lg… nk byr bil2… tolonglah DSN… Kami memerlukan anda….

  • Bentara_irwan

    Bagi pandangan saya, belajawan yg di bentangkan tempoh hari amat bagus sekali, akan tetapi pihak kerajaan tidak mengambil kira atau terlepas pandang pada sektor swasta. kebanyakkan faedah di berikan kepada penjawat awam. saya dapat lihat, perkembangan ekonomi pada suku ke 4 amat lembap di sebabkan pengstrukturan mata wang U.S. Kebanyak pekerja sektor swasta menanggung kos sara hiudp yg tinggi dari segi :
     * kos sara hidup ( bahan makanan )
     * kos tenaga
     * cukai individu
    Aspek cukai individu amat tinggi.. Tempoh persaraan juga amat dukacita sekali. Golongan Ijazah ( lepasan universiti ) serta Remaja masih banyak lagi menggagur.Tempoh persaraan sehingga 60 tahun amat tidak setuju. Kita dapat lihat daripada kitaran pengambilan pekerja di sektor kerajaan terlalu lama. Pihak SPA ( Suruhanjaya Penjawat Awam ) terlalu lama.  Kita selalu mendengar laungan Tranformasi, akan tetapi d sektor kerajaan kerja masih lagi d tangkuk yg lama. Dari segi pemantau yg lemah di sektor kerajaan amat dukacita. Pembaziran juga amat ketara d sektor kerajaan. Daripada pembahagian kotrak kerajaan sehingga pembelian barang2 keperluan kerajaan. Itu pandangan daripada rakyat Malaysia.

  • Sham79fidah

    saya ni oku atau nak terang lagi orang kurang upaya,saya ni dah lah hidup bergantung pada tongkat saya, dah lah tu bantuan untuk anak2 saya di tamatkan?dah lah tamatkan bantuan untuk diri saya langsung takada patut ke macamtu,sebab saya dapat pampasan takde lah banyak manapun lepaslah saya bayar hutang saya,demi allah duit saya langsung dah takde pampasan saya pun dah tiada dah selesai kan hutang saya,hidup saya ni bergantung dengan tongkat je,tolong lah jawap PM DATO NAJIB TUN ABDUL RAZAK?saya nak bekerja majikan pun taknak yerima saya sebab saya bergantung pada tongkat.saya berada di segamat (NO KAD OKU 093710) macammana saya ada anak 4orang 3yang bersekolah 1lagi susu pampers,macammana saya nak sara keluarga saya,saya dah penat mohon bantuan banyak………………………….,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,???????     PM tolong bantu saya, dan tolong perbetulkan keaadaan yang sepatut dan bernas,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,……………………………./////////////////////////????????

  • Aunty Rosie

    Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih pada kerajaan terutama pada PM dan semua yg teribat dalam merangka dan merancang terus menyalurkan segala keperluan rakyat yg memerlukan..terutama yg berpendapatan rendah..tapi ada suatu perkara yg saya agak bimbang tentang pemberian 500 ringgit pada isi rumah yg berpendapatan bawah tiga ribu ..???? bagi yg berkerja tak susahlah kerajaan nak process pemberian tu..sbb mereka ada penyataan income yg di submit pada jabatan Hasil..tapi pada yg berkerja yg tak ada penyataan ni bagaimana nak buktikan mereka juga berpendaptan rendah..seperti penjaja penjaja kecil..pemandu taxi..orang orang berkerja sign contrack..yg berkerja dari rumah sebagai pembekal makanan secara kecil kecillan..pendek kata orang yg mencari sumber pendapatan secara kutip katap yang mana pendapatan mereka tak menentu..mengikut masa tertentu..adakah orang seperti ni layak merasa pemberian sumbangan kerajaan tu…mungkin sesetengah orang berpendapat lima ratus tu tak besar..tapi bagi saya lima ratu tu bolih sangat membantu keperluan makanan sekeluarga..dan keperluan lain..harap PM atau yg mereka yg diamanahkan untuk menyalurkan pemberian tu..mencari suatu solusi yg adil dan telus..supaya tak ada yg merintih tak dapat..apa apa !!!!!..saya cadangkan kalau bolih kerajaan keluarkan borang untuk diisi dan kembalikan untuk di`process atau disiasat kesahihannya kemudian di maklumkan sama ada lulus atau pun tak..baru rasanya semua akan merasa tidak di persisihkan…ni cuma cadangan saya je..sebab saya juga gulungan orang seperti ternyata di dalam ni…sekian…

  • Mahatamal

    Bagaimana dengan budget untuk industri penyiaran negara khususnya Jabatan Penyiaran Malaysia? Adakah budget Dato Seri menyekat industri penyiaran? Saya dapati banyak penutupan stesen radio kerajaan kendalian RTM seperti Radio Muzik dan Radio Suara Islam dan akan ada lagi penutupan lain di RTM. Ramai kehilangan perkerjaan dan RTM tidak berjaya membantu mereka ini. Adakah kerana nak menyelamatkan projek mega, budget untuk lain disekat?

  • sisahidup

    Bajet yang baik.Cuma kalau boleh kaji lagi tentang elaun sewa rumah kami masih lagi rm180 padahal sewa rumah sekarang mencecah rm400-900 dibandar2 besar seperti Penang dan Kuala Lumpur.Kalau kerajaan naikkan elaun ini kami rasa lega memandangkan rm180 tu tak layak untuk tahun 2011.Renung2kanlah wahai PM.

  • Teo

    If i am interested to apply for financing loan for business, which type of fund/package can I go for? I’m planning to importing clothing from other countries into Malaysia. Thanks.

  • Gary Hardin Lugard

    Saya berpendapat peluang untuk yang diberi kepada penjawat awam untuk melanjutkan pelajaran harus diperluaskan ke universiti2 terbuka di dalam negara dan tdk terhad ke IPTA sahaja.pengajian di universiti2 terbuka lebih fleksibel utk golongan ini

  • Yeoh Sam Chai

         Syabas dan tahniah kepada YAB PM yang membentang bajet 2012 yang memanfaatkan rakyat jelata.
    Kami bakal pesara yang akan bersara wajib(umur 58tahun)  pada bulan November/ Disember ingin merayu kepada YAB PM supaya memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat kepada negara selama dua tahun lagi. Kami sangat-sangat berharap kepada YAB PM supaya dapat mengasihi kami yang masih mempunyai  tanggungan.Kami memohon jasa baik tuan YAB supaya dapat menetapkan tarikh berkuatkuasanya perlanjutan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada bulan November/Disember 2011. Jasa baik YAB akan diingati kami selama-lamaya. Sekian,terima kasih.

  • Keliang63

    SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA): Benarkah khabar yang mengatakan bahawa mereka yang memilih persaraan wajib 60 akan menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi dari mereka yang memilih untuk bersara wajib pada umur 55,56 dan 58 nengikut skim gaji baru ini? 

  • Yeoh Sam Chai

    YAB,PM,
                   Syabas dan tahniah diucapkan kepada  YAB yang membentangkan bajet 2012 yang memanfaatkan rakyat jelata .Tetapi kami bakal pesara yang akan bersara wajib pada bulan November/Disember berasa kecewa kerana tidak dapat menikmati  perlanjutan persaraan wajib 60 tahun .Oleh itu kami merayu dan memohon jasa baik YAB dapat menetapkan tarikh penguatkuasaan perlanjutkan umur persaraan wajid 60 tahun pada bulan november / Disember 2011. Semoga harapan kami dapat dimakbulkan YAB.

  • Megat Panji Alam

    Salam Dato Seri………………………….
    Saya ingin mencadangkan agar peraturan pemilikan  perumahan dapat diperketatkan,Iaitu satu penama yang berusia 21 tahun keatas hanya boleh memiliki dua unit rumah sahaja.Ini bagi mengelakkan dominasi mereka yang mempunyai sangat banyak duit mengeksploitai pasaran perumahan seterusnya menjadikan mereka bertambah kaya dengan peningkatan mendadak harga rumah.Dengan adanya akta ini,harga rumah dapat dikawal dan sokongan rakyat kepada kerajaan akan bertambah.Penyokong kerajaan kebanyakannya adalah orang melayu dan orang melayu bukanlah bangsa yang mempunyai banyak duit,kerana kebanyakan mereka adalah pemakan gaji sahaja. Apabila rumah menjadi semakin mahal di kawasan bandar,maka melayu akan disisih ke kawasan luar bandar, Maka kerajaan akan kehilangan banyak kerusi untuk kawasan ini, cuba analisa keputusan pilihanraya negeri sarawak 2011, calon manakah yang menang untuk kawasan bandar dan luar bandar.Jadi untuk mengekalkan kuasa kerajaan sekarang,seharusnya kerajaan meminda akta perumahan supaya ianya tidak melonjak dengan cepat dan menyebabkan bangsa melayu melarikan diri dari kawasan bandar dan seterusnya kerajaan akan hilang kuasa. Apabila rakyat sensara maka rakyat akan menyokong pihak yang memberikan kata kata harapan ( walaupun palsu ) kerana rakyat sudah tidak ada pilihan.Harap dapat perhatian daripada Dato Seri………

  • Shiva Rajj

    bagaimana cara untuk pendaftar subsidi gaji rm3000 ke bawah,da

  • Shiva Rajj

    Bagaimanakah cara untuk mendaftar gaji kurang dari rm 3000 kebawah dan juga untuk rm 100 kepada pelajar pelajar dari tahap 1 hingga tingkatan 5?

  • Apple_Red

    sy setuju dgn pandangan miss_lurver88. Terlalu tua untuk umur 60tahun bekerja. Sy juga pernah melihat dengan mata sendiri bagaimana mereka bekerja. Mungkin pada dasarnya mereka mempunyai banyak pengalaman tetapi kalau golongan muda terutama lepasan universiti tidak diberi peluang untuk mencuba bagaimana. Kepercayaan harus diberikan untuk mengelakkan masalah penganguran berlaku. Tiada kerja diperolehi teruskan menyambung belajar, hutang semakin bertambah, kerja masih lg tidak diperolehi……. ;)

  • maktamsiti

    belanjawan mengatakan kita boleh mengeluarkan kwsp kita untuk mendaftar tabung haji.boleh tak kita gunakan duit kwsp kita untuk mendaftar nama anak anak kita.(maksudnya dari akaun 2)

  • Fad_DieLa

    Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di
    institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar
    tingkatan 6 di seluruh negara. Saya tertarik dengan peruntukan pada bahagian ini. Soalan saya, bila para mahasiswa boleh mendapat baucer tersebut? Bagaimanakan prosedur untuk mendapatkan baucer tersebut? berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkannya? adakah terdapat beberapa syarat tertentu untuk mendapatkan baucer tersebut? 

  • Anonymous

    Byk faedah kepada pegawai tetap jer.pegawai kontrak melopong. Harap Dato Seri dpt pertimbangkan jawatan tetap kepada jurulatih2 program latihan khidmat negara.da 9 thn bkhidmat dgn setia seiring dgn usia program ini tetapi tawaran jwtn tetap harap indah dr rupa.bkn program nie ilham dr dato seri jgk ker?harap dpt dipertimbangkan sebelum kami patah hati xbsemangat waja lg membangunkan modal insan kepada negara.

  • http://pulse.yahoo.com/_3W6A7ZFL4TRNCCI3TNVL4JHJLU Mohd Kamal Bin Nik Hasan

    terima kasih la banyak- banyak sebab kerajaan sebab kasi ayah saya masuk felda dulu… sekian

  • http://pulse.yahoo.com/_DBLZ6AMC2LMB5JEDXHEOMSX6VE Scobi

    Dear Dato Seri ”

    I would like to express my disappointment on the way the RM200 book voucher was distributed. We full time professional students were not entitled for this voucher. I would dare to say this is totally unfair & does not reflect the 1malaysia concept. 

    First of all i totally do not understand why we professional students who are studying full time did not receive this book voucher. For your information i followed the 2012 budget very closely & was very delighted to know that all University students would be granted a RM200 book voucher, first time in history. In fact we lauded this effort from the gov as something very encouraging.

    Unfortunately when the distribution of this book voucher started we the professional students were among the first to go to collect this voucher as we were aware of it from the very beginning. To our disappointment we were told that all professional students were not entitled to this book voucher.

    My question is what differentiate us from other program students? We have finished our SPM, did foundatioon & now into the professional program on a full time basis so why we still do not qualify for this voucher. this is a total discrimination to students like us. 

    For your information i am enrolled in The Association of Chartered Certified Accountants program in Sunway College. We would be very happy if u Dato Seri could reward us with the book voucher. We believe that u may have overlooked this matter.

    Anxiously waiting for your reply. 

  • http://pulse.yahoo.com/_DBLZ6AMC2LMB5JEDXHEOMSX6VE Scobi

    Dear Dato Seri ”

    I would like to express my disappointment on the way the RM200 book voucher was distributed. We full time professional students were not entitled for this voucher. I would dare to say this is totally unfair & does not reflect the 1malaysia concept. 

    First of all i totally do not understand why we professional students who are studying full time did not receive this book voucher. For your information i followed the 2012 budget very closely & was very delighted to know that all University students would be granted a RM200 book voucher, first time in history. In fact we lauded this effort from the gov as something very encouraging.

    Unfortunately when the distribution of this book voucher started we the professional students were among the first to go to collect this voucher as we were aware of it from the very beginning. To our disappointment we were told that all professional students were not entitled to this book voucher.

    My question is what differentiate us from other program students? We have finished our SPM, did foundatioon & now into the professional program on a full time basis so why we still do not qualify for this voucher. this is a total discrimination to students like us. 

    For your information i am enrolled in The Association of Chartered Certified Accountants program in Sunway College. We would be very happy if u Dato Seri could reward us with the book voucher. We believe that u may have overlooked this matter.

    Anxiously waiting for your reply. 

  • Diana_dian1188

    asslmualaikm..sy nk tanya beberapa soalan pasal skim amanah rakyat (sara 1malaysia) 1)apakah utk mengisi borang tu perlu kn tanggunggan? 2)bagaimana kalau orang tu bkerja sndiri tanpa majikn apakah perlu juga menyediakn penyata bank 3 bln? 3)sebelum isi borang permohonan apakah perlu buka akaun ASNB, AS 1MALAYSIA?   

  • with the spirit of 1malaysia

    Dato Seri please consider the demand form cuepacs regarding special incentives for civil servants who are in duty in islands. Our pocket money are drying due to cost of transportation compare with those who are in mainland. Plus we have to pay more as the costs of living expenditure are skyrocketing recently.