1Malaysia1Malaysia

Wednesday, 16 May 2012

 

PERUTUSAN KHAS HARI GURU

Posted in BlogCelebration on Date May 16th, 2011 by Najib Razak | Comments View Comments

BismilLahirRahamanirRahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,

  1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang  sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
  2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang  ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.

Read more here…

Tags: ,

|

  • S_nizal

    Salam Datuk Sri,
    Terima kasih atas ucapan, kenapa guru biasa tiada apa2 kenaikan melainkan kenaikan yang biasa ja. Kami wargapendidik yang menjalankan dasar kerajaan sepatutnya dihargai juga. Bukan setakat baarisan pentadbir sahaja. Cg. Sharnizal

  • Blteng63

    Tidak banyak guru yang akan menerima manfaat daripada “Berita baik” ini. Walau bagaimanapun, saya akan menunggu pekeliling dan maklumat lanjut sebelum membuat sebarang komen. Yang pasti sekarang, hanya kurang daripada 10,000 orang pentadbir yang akan menerima manfaat daripada pengumuman ini. Guru biasa tidak menerima pengumuman tersebut sebagai “berita baik”.

  • Arman2us

    Berita gembira buat 7000+ guru dari 400K guru (2%). Bagaimana bilangan guru sek rendah tanpa siswazah,yang ramai ,nasib mereka diabaikan atau belum ada pengumuman lagi.

  • MHD.SHAFIAI BIN MD.ZAIN

    Assallammualaikum wbt. Taniah dan jutaan terima kasih diatas segala ucapan bersemangat gitu yang YAB Dato’ Sri berikan. Dukacita dinyatakan bahawa kenapa saya masih ditahap DGA 29 ditangga gaji akhir walaupun dah 29 tahun berkhidmat di 11 buah sekolah? Hari guru tiada bererti buat saya di masa ini. Dari tahun 2002 semenjak diberikan jawatan GPKK Kokurikulum memegang jawatan tersebut selama 8 tahun di 3 buah sekolah saya telah dituduh berperestasi rendah. KENAPA BUNUH SAYA selepas 8 tahun berkhidmat sebagai GPKK ? Kenapa tak bunuh saya SEawalNYA lagi? Apa masalah pihak Guru Besar dan pihak PPD ROMPIN ini? Jika saya bersalah kenapa saya tidak dapat apa-apa teguran pertama ke kedua ke sehingga tahap prestasi saya sendiripun tak pernah diberitahu kepada saya. Selama lebih 8 tahun saya diberikan harapan dan mengharap akan duduk ditangga gaji dga 32 tetapi mengharap tinggal harapan sahaja sehinggakan dalam masa 2 bulan ini rumah yang saya duduki akan dilelong kerana mengharapkan dga 32. Apa harus saya buat? Adakah perlu seorang guru saperti saya ini duduk mengemis ditepi jalan memohon simpati yang sepatutnya saya perolehi? Selama 8 tahun saya terpaksa berbelanja lebih dengan gaji yang kurang. Berkhidmat di Pulau Tioman [SK TEKEK] dibawah naungan 2 guru besar baru, walaupun 8 bulan memerlukan perbelanjaan yg besar sehinggakan elaun khidmat khas di situpun saya tak dapat. Bertukar pula ke SK Keratong 06 yang Guru Besar nya anti kerajaan maka saya mula jadi mangsa dengan pelbagai tuduhan yg tidak berasas sehingga anak sulung saya mat dilanggar di Pekan. Kemurungan saya membawa saya ditukarkan ke SK Kedaik yang Guru Besarnya banyak masalah sehingga lebih rm 500 k di sekolah tersebut disalah gunakan tetapi tak pun ada apa-apa tindakan. Cuma apa yang saya ingin memohon disini agar dapatlah kiranya YAB Dato’ Sri memberikan bantuan dan sokongan untuk saya terus memperjuangkan hak anak bangsa. Saya telah hilang punca untuk mengadu kepada siapa. Orang yg menyalahguna kuasa dan kewangan tidak diambil apa-apa tindakan tetapi malangnya nasib saya walaupun sepatutnya saya dah duduk di tangga dga 34 saya masih lagi di dga 29. sekiranya ada ehsan dari pihak YAB Dato Sri, saya memohon bantuan diatas kebijaksanaan YAB Dato Sri. saya mohon maaf dari hujung kaki ke hujung rambut sekiranya apa yang saya nyatakan disini tidak sepatutnya dinyatakan. sekian terima kasih.wassallammm
    drp mangsa MGB DAN PPD ROMPIN JPNP 17213.
    &

  • Bolhinarani

    Terima kasih diatas keprihatinan Dato’ Seri. Tetapi bagaimana dengan guru-guru yang telah melanjutkan pelajaran dan sekarang memiliki sarjana ataupun kedoktoran? Kumpulan ini sanggup berkorban meninggalkan jawatan sediada sebelum ini semata-mata untuk meningkatkan perkembangan diri dan profesion perguruan seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Tolong jangan pinggirkan kumpulan ini.

  • Anonymous

    Assalamualaikum & salam satu malaysia Dato’ Seri

    - Atas keperihatinan, Saya terpanggil untuk menulis coretan ini kepada Dato’ Seri untuk memaklumkan sebagai perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak dato’ untuk MENURAPKAN JALAN KE SEKOLAH KAMPUNG ENAM yang terletak di BAHAGIAN KENINGAU KAWASAN PEDALAMAN ATAS PEKAN NABAWAN SABAH.
    -Walaupun saya tidak mengajar di sana ( isteri saya yang mengajar di sana ) namun melihat kesukaran penduduk dan guru di sana dalam kemudahan jalan yang masih teruk ini menyebabkan saya cuba mengemukakan masalah yang di hadapinya.
    -Sudah 11 tahun saya mengajar di sini namun mengapa jalan di sana yang hampir 8 KM ke sekolah masih DIANAK TIRIKAN tidak berturap sedangkan kawasan sekelilingnya sudah berturap. Dimaklumkan bahawa sudah dikemukankan kpd pemimpin yg berkenaan tetapi tiada ape2 tindakkanpun.
    -Sempena hari guru ini saya mewakili penduduk & guru di sana untuk pihak tuan mengambil perhatian serius dan tindakkan sewajarnya untuk kami melihat perubahan jalan ke SK KAMPUNG ENAM NABAWAN SABAH ini BERTURAP SECEPAT MUNGKIN…
    -Alamat
    SK KAMPUNG ENAM
    PETI SURAT 76,
    89957, NABAWAN SABAH.
    -Semoga mendapat maklumbalas dan perhatian dari Dato’ Seri atas perkara ini.
    -Harap maklum,Sekian terima kasih

  • heimie

    nampaknya YAB PM tak sempat nak baca komen2 dari para guru ni sebab langsung tiada sebarang komen balas dari PM…alangkah sedihnya…

  • Government servant

    Dear Bosses, Big Bosses, Bigger Bosses and Biggest Bosses, 
    Few thoughts here regarding time based promotion. Let’s say one starts government service at the age of 20 and is expected to retire by 55 which means there is a period of 35 years. Whether a staff is bad or good, the first 10 years would be filled with enough working experience. A promotion should be given. Then another 10 years would mean there is altogether a 20 years experience. Another promotion should be given. The third promotion should come after another 10 years which makes it altogether a 30 years experience. The cut off point is the remaining 5 years because the staff is preparing to retire. What is happening now is staff is promoted because of somebody’s agenda. This is unfair to those who have been working seriously for the past donkey years. When you do not want to promote and when you keep putting them down, you make them stagnant. Tell me. When you were in their shoes once upon a donkey time ago, were you a better worker than them ? Or did you make coffee everyday to  ensure your way up the ladder of career advancement ? Why are you scared of telling people the bad news that they are not promoted ? Is it because you feel guilty ? This is job promotion. Not political gains. Two different issues altogether. You should not mix politics with your work. There will never be a first class service if officers who are serious in their work are not given the chance in their career advancement.

  • wasaipro – Sabah

    hanya Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Kluster sahaja yang diberi kenaikan gred ke DGA 34. Bagaimana dengan GPK Sekolah Rendah Biasa. Peranan kedua-dua GPK ini adalah sama, tanggungjawab sama, tiada beza. Kenapa dibezakan dari segi kenaikan gred. Minta Datuk Perdana Menteri kaji balik keputusan yang kurang adil ini. Cadangan yang terbaik ialah bagi kenaikan gred kepada semua GPK sekolah rendah yang sudah HAKIKI seperti apa yang berlaku kepada semua GPK sekolah menengah.  

  • AMAN

     skim perkhidmatan guru semakin huru hara lulusan diploma di sekolah menengah dan rendah tidaK diambil kisah malah gaji guru mengajar pra sekolah lebih tinggi dari gaji guru yang mengajar sekolah menengah dan rendah. Semakin mengarut skim yang ada sekarang. Pada hal guru mengajar sama sahaja di sekolah rendah dan menengah malah guru lepasan diploma lebih aktif dan mengajar subjek penting namun tidak diikhtiraf DAN DIBIARKAN.

  • AMAN

     skim perkhidmatan guru semakin huru hara lulusan diploma di sekolah menengah dan rendah tidaK diambil kisah malah gaji guru mengajar pra sekolah lebih tinggi dari gaji guru yang mengajar sekolah menengah dan rendah. Semakin mengarut skim yang ada sekarang. Pada hal guru mengajar sama sahaja di sekolah rendah dan menengah malah guru lepasan diploma lebih aktif dan mengajar subjek penting namun tidak diikhtiraf DAN DIBIARKAN.

  • liames

    But all begin with teachers…. right?

  • liames

    YAB PM juga perlu memberi pengiktirafan kepada semua warga pendidik yang bertugas di pejabat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Pejabat Pelajaran Daerah. Bilangan mereka ini juga agak ramai. Mereka bertugas di sini kadang-kadang bukan atas kerelaan pada awalnya namun demi “Saya yang menurut perintah” mereka sanggup melakukan kerja2 yang kadang-kadang bukan di dalam skop mereka. Jika diberi peluang ramai akan ke sekolah semula… dan sekiranya ini berlaku tiada siapa akan sanggup mengisi tempat mereka kerana lebih ramai yang suka berada di sekolah terutamanya sekolah menengah kerana segala macam peluang kenaikan pangkat ada disediakan. Jadi besarlah harapan kami warga yang bertugas di Jabatan ini mohon juga dipertimbangkan peluang-peluang untuk dimartabatkan juga. Kami juga warga pendidik.. bukan kami tidak mahu mengajar.. tetapi kami diarah untuk bertugas di Jabatan… Terima kasih

  • Haron

     salam Datuk Sri,
    saya guru DG29 yang telah berkhidmat di Sabah selama 31 tahun sejak 1980 yang berasal dari Melaka. Tetapi time-base DG32 pun masih tak dapat. PTK sudah lulus sejak 2003 lagi. Dapat kiranya kami guru-guru lama yang hampir pencen dinaikkan gred secara automatik atau tidak terlampau ketat markah penilaian tahunan untuk kenaikan pangkat. Sememangnya kami tidak mampu bersaing dengan guru- guru baru. Harap perkara ini mendapat perhatian dari Datuk Sri dan mendapat tindakan sewajarnya dari Datuk..

  • dfg

    Dfgd

  • dfg

    Dfgd

  • dfg

    Dfgd

  • dfg

    Dfgd

  • s

    S

  • Ikmal3425

    salam…naper asyik cikgu jerr…pastu polis jer..huhuhuhu…lain2 nyer kakitgn mcm maner…barang asyik sibok nk naik jer..elektrik nak naik..pastu nnt minyak lak nk naik..gaji duk mcm tu jer…huhuhu….kalo mnyk nk naik ker elektrik nk anik ker,aper lah salahnyer kalo dpt naik kn sikit gaji kami kakitagn sokongan nie….huhuhu…

  • Teacher

    alhamdulillah…..itulah jasa seorang guru!!!! belum lagi murid yang ter”kucil” dalam kelas yg perlu guru settlekan….semoga kita redha dan ikhlas dalam mendidik….cuma…kini…siapa yang pandang jasa guru?bahkan ada situasi parent yg berkata pada anaknya dihadapan guru anaknya “ko ni kenapa x nak belajar rajin2..xkan besar nanti nak jadi cikgu jer????”……..

  • saya@cikgu

    Encik Roslan….seorang guard di sekolah saya yang mempunyai 8 orang anak yang masih bersekolah lebih mengutamakan yuran sekolah dan pembelajaran anak-anaknya daripada perkara-perkara lain…hati seorang guru tersentuh memandangkan bapa tersebut hanya menaiki basikal dan tidak memiliki telefon bimbit pun tetapi sanggup mendahulukan keperluan untuk anak-anaknya menuntut ilmu…yuran wajib cuma rm30.50…kalau murid tersebut dalam kategori miskin,biasanya anak tersebut akan didaftarkan oleh guru dalam e-kasih dan pihak kerajaan memberi lebih kurang RM700 setahun mengikut pendapatan keluarga tersebut. Tetapi,sesetengah ibu bapa ini,bila dah dapat bantuan..yuran masih tak bayar.Jadi mana tanggungjawab ibubapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak?jangan berkira dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak…kalau cuma 4hinggit..usahakanlah untuk mencarinya.jangan salahkan guru pula kerana meminta bayaran tersebut. Kalau nak kata guru2 ni berkira…kami golongan guru sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli BBM untuk PNP kami.Belum lagi kira duit nak fotostat bahan2 untuk anak2 murid kami.Sukar untuk menjelaskan kepada orang yang bukan berada di dalam bidang perguruan.Hanya jauhari yang mengenal manikam…atau apa sahaja istilah yang Encik Roslan rasa sesuai mengikut daerah encik…tapi itulah…jasa guru memang x dapat dinafikan.

  • Asrulmajid

    Salam Datuk Seri,
    Terima kasih di atas segala insentif yg diberikan. Tetapi bagaimana dengan nasib guru yang tidak dapat berpindah dan berjauhan dengan keluarga hingga beberapa tahun. Kami bimbang ada lagi kes warga pendidik menjadi “GURU SUNYI’” akibat berjauhan dengan isteri sehingga sanggup menodai anak muridnya.

  • Bontanenkay

    Guru biasa ??? Bukankah setiap jawatan itu ada sumbangannya yang tersendiri… Tugas-tugas para pentadbir pun terkadang kita yang ‘lebih buat’…

  • Abiasmara56

    YAB Datuk Seri,
    35 tahun  berada di dalam sistem pendidikan sejak 1976 sebagai seorang pendidik tanpa latihan, menjadi guru prasekolah, mengajar di sekolah rendah, mengajar di sekolah menengah, mennjadi penolong pengarah  di Kementerian pelajaran dan kini kembali semula ke sekolah sebagai guru biasa DG44 (KUP).  Pernah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), malangnya KPM tidak pernah melihat ke mana hendak di tempatkan pendidik seperti saya ini.  Nak jagi Guru Besar Pekeliling KPM tak benarkan, Nak jadi penolong kanan hakiki entah bila hanya mendengar janji oleh pengarah JPN sahaja, nak jadi Pengetua jauh panggang dari api.  Selamanya dengan DG44 (KUP).  Cuba bayangkan kalau saya berada di dalam PTD entah jawatan apa yang telah disandang.  3 tahun Gred M41 dah naik M44, 3 tahun lagi M48, M52, M54 dan Jusa. Ini bila melihat rakan sesekolah yang berada di kategori M Tapi oleh kerana jadi cikgu, kerajaan kata cukuplah di takuk itu.  Tapi guru ini tetap juga menyokong kerajaan.  Saya khuatir YAB, ada lebih ratusan ribu guru yang keciwa dengan sistem perkhidmatan pendidikan, yang bila-bila masa sahaja boleh mempengaruhi generasi muda ke arah tidak menyokong kerajaan.  kalau seorang guru boleh membawa 10 orang murid tingkatan 5 dan 6 untuk tidak menyokong kerajaan setahun di darabkan 300,000 orang guru dalam masa 5 tahun?.  kita tak mahu melihat berulang lagi insiden Pilihanraya Umum ke 12 berulang lagi.  YAB Mahyuddin lihatlah sama golongan kami guru yang berada ditakuk kerugian semata-mata  kerana menyahut seruan kerajaan kami terjebak ke kancah kerugian hingga menghadap saat-saat persaraan.

  • Samsuddin Samdin

    Umno sudah hampir tenat. Pemimpin Umno juga yang membuat ia tenat. Bukan sebab parti pembangkang yang kuat. Ada seorang CEO IPTA di parlimen Seri Gading yang kononnya hero UMNO, tetapi dialah yang memburukkan UMNO. Cuba Dato Seri lihat projek-projek di dalam kampus sana, siapa yang layak, tetapi siapa yang dapat. Terlalu banyak politiking yang memburukkan UMNO. Rasuah berleluasa. Fungsi utama IPTA sebagai pusat pembangunan ilmu tidak di jadikan fokus utama. Banyak duit IPTA digunakan untuk “bersedekah” kepada orang kampung demi untuk menaikkan nama sendiri demi untuk menjadi seorang YB. Akhirnya UMNO juga yg dibenci rakyat. Markas PAS makin besar di sana.

  • Meelapmk

    Banyak penambahbaikan dan perubahan dalam pendidikan negara khususnya berkaitan dengan perjawatan dan struktur KPM. KPM adalah sebuah kementerian yang besar dan meliputi skop dan sturktur yang besar. Pengumuman berkaitan dengan struktur perjawatan khususnya berkaitan dengan gred pengetua dan penolong kanan adalah yang terbaik dan paling berani dibuat oleh seorang PM. Menetapkan gred pengetua gred DG 52 dan PK DG 48 adalah perubahan yang paling tepat dari sudut hak dan peranan pengetua. Tetapi keputusan ini tidak disenangai oleh pihak tertentu termasuk pegawai di KPM, JPN dan PPD kerana mereka ini ingin melihat dan menganggap bahawa mereka adalah penjanaan kemajuan pendidikan, tetapi sebenarnya jatuh bangunnya pendidikan khususnya di peringkat menengah ialah banyak bergantung kepada peranan pengetua dan PK. Malah menjadi pelajar yang lemah atau kurang berjaya dibentuk 6 tahun di sekolah rendah itu ialah oleh sekolah menengah, iaitu perlu difikirkan oleh pengetua dan PK serta guru-guru sekolah menengah. Contohnya di wujudkan kelas peralihan di sekolah menengah untuk memperbaiki asas BM pelajar SJK(C) dan SJK(T). Idea yang dikemukakan oleh PM ini mesti disokong oleh Menteri Pelajaran dan KPPM. Jadikan cadangan PM untuk memperkasa Kepimpinan sekolah menengah itu realiti dahulu dan perkara pertama yang perlu dipastikan oleh pengurusan tertinggi KPPM ialah menentukan pengetua dan PK yang sedang memegang psot tersebut dikekalkan kerana sebelum diumumkan gred baru jawatan tersebut, ramai pemegang asalnya lari dan berebut nak ke KPM, JPN dan PPD kerana bagi mereka bertugas di sana adalah naik pangkat walaupun gred sama. Sekarang ini mereka ini ada yang cuba untuk mengambil post di sekolah pula kerana ia naik gred. Pegawai seperti ini tidak mempunyai roh dan kejujuran dalam melaksnakan tugasnya, lebih melihat kepentingan peribadi. Sekian, terima kasih.

  • Cikgu Seri

    Salam Dato’ Sri..saya hanya minta luangkan masa dan dengarkan masalah kami guru2 yang teraniaya sejak sekian lama iaitu kump dg2941( xppld ) yang sambung belajar demi meningkatkan ilmu dan segulung ijazah namun apa yg kami dpt adalah gaji kami lebih rendah dari rakan2 yg tidak ambil inisiatif utk sambung belajar  DG32 namun menikmati gaji yg lebih RM400-500 setiap bulan. Tolonglah perhalusi masalah ini dulu.TQ