banner-CM.jpg

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

Jika anda mempunyai #CeritaMalaysia untuk dikongsi, hantarkan kepada kami!

 

Kongsi Kisah Anda

 

  • Dato' Lat: Belajar Perpaduan Dari Kecil

    September 20th
    2016
    Tidak susah untuk menjadi satu generasi yang bersatu padu. Ianya perlu bermula dari peringkat awal. Sejak kecil lagi saya agak rapat dengan rakan-rakan pelbagai bangsa yang lain. Semuanya bermula sewaktu saya berusia antara 7 hingga 10 tahun dan saya mula belajar bergaul serta mengenali budaya kaum lain. Disebabkan pekerjaan ayah sebagai seorang kerani askar, kami kerap berpindah-randah. Dari situ, saya kerap bertemu masyarakat Cina dan India yang fasih bercakap Bahasa Melayu. 
  • Dari London ke Malaysia

    September 7th
    2016
    Semasa saya memulakan perjalanan untuk mengembara sejauh 11,000 km merentasi London ke Malaysia, ramai orang menganggap saya boleh melakukannya tanpa bersusah-payah kerana saya seorang atlet. Tidak, itu semua tak benar. Sepanjang perjalanan itu, saya berbasikal sejauh 100 km setiap hari merentasi padang pasir, salji dan hutan. Dan itu membuatkan ramai yang kagum dan ingin tahu mengenai perjalanan saya.
  • Berpuasa sejak umur 16 tahun

    Jun 20th
    2016
    Saya mula berpuasa kira-kira 16 tahun lalu. Ketika itu, saya baru berumur 16 tahun dan bekerja sambilan di sebuah butik pengantin di Parit Buntar, Perak.
  • Kegembiraan seorang guru

    Mei 17th
    2016
    Sebagai seorang yang berasal dari Ipoh, Perak, saya telah biasa dengan kehidupan di bandar. Sebaik tamat sekolah, saya melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke luar negara. Tetapi saya langsung tidak menyangka bakal dihantar ke kawasan yang jauh dari zon selesa saya. 
  • SK Sapagaya, Kinabatangan

    Mei 17th
    2016
    Pengalaman sepanjang menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sapagaya, Kinabatangan, Sabah merupakan salah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. 
  • Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian 1Malaysia

    March 29th
    2016
    "Saya rasa memang klise, bila cakap nak jumpa doktor gigi semua takut. Masa kecil takut sakit, dah besar takut mahal lah pula. Tapi masalah gigi saya dah sampai tahap tak tahan, terpaksa pergi juga. Kawan beritahu Klinik 1Malaysia di UTC Kotaraya JB ada buat rawatan pergigian, jadi saya pun pergi.
  • Sarjan Mejar Awang bin Teh

    March 24th
    2016
    "Arwah bapa saya dulu anggota polis Bahagian Trafik Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang. Waktu hartal dan rusuhan antara kaum berlaku di sana, pernah sekali dia kena kejar dengan sekumpulan ahli rusuhan di Perak Road. Habis basikal arwah hancur dikerjakan mereka. Tetapi nasib baik arwah ada kawan baik berbangsa Cina di Perak Road yang tolong arwah. Malah, dia juga tolong gantikan basikal baru untuk arwah.
  • Puan Subaidah Sahib

    March 10th
    2016
    "Semasa bermula sebagai seorang pengusaha kantin sekolah, saya tiada pengalaman langsung mengenai dunia perniagaan atau mempunyai sebarang modal. Kebetulan waktu itu ada pengusaha lain ingin menjual perniagaannya. Penuh tekad untuk menceburi bidang ini, saya terus mengambil alih perniagaan sedia ada. Saya meminjam sebanyak RM10,000 dari Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor untuk mula beroperasi. Saya juga meminjam dengan ahli keluarga bagi menampung perniagaan. Pada masa sama, saya bekerja sebagai pembantu am rendah sekolah dengan gaji hanya RM320/bulan.
  • Salmi Abdul Mukti

    March 8th
    2016
    "Saya bermula sebagai seorang anggota pangkat bawahan sebelum dinaikkan pangkat sebagai seorang Pegawai Kanan Bomba 2 selepas 25 tahun bekerja. Dari bahagian pengurusan, saya kemudiannya beralih ke bahagian operasi, di mana saya kini bertanggungjawab sebagai seorang penyelia. 
  • Azree Feekree bin Zamzuri

    March 7th
    2016
    "Sebagai individu cacat penglihatan, saya sedar bahawa pendidikan adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin masa depan yang lebih sempurna. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas supaya dapat menyumbang dan menyediakan peluang serta kemudahan pendidikan sama rata untuk murid-murid keperluan khas seperti saya.
Share in: