Cerita Malaysia

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

  • 3 Generasi 'Sang Saka Biru'

    Sepanjang bergelar anggota polis, beliau tidak pernah melepaskan sebutir peluru pun kepada penjenayah. Dan ini telah mendorong anak dan cucu mendiang Supritendan M.Govindasamy untuk mengikuti jejak langkahnya. Sebaliknya, beliau mengubah modus operandinya kepada risikan untuk menangkap penjenayah. Malah, Govindasamy juga pernah menyamar sebagai penjual kacang putih serta memakai dhoti untuk...
  • Demi Pelajar Dan Perpaduan

    Bantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa. Cikgu Shahzalina buktikan ihsan tak mengira warna kulit apabila beliau sendiri berusaha untuk membantu pelajarnya yang berbangsa Cina mengumpul dana selepas kematian bapanya.  “Kita tinggal dalam negara yang sama dan kita sepatutnya bersatu padu, menyokong dan membantu antara satu sama lain.”  “Saya juga seorang ibu....
  • 1 Permainan, 1 Lambang Perpaduan

    Di tengah-tengah padang, kelihatan 11 kanak-kanak dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Nam berdiri janggal dalam formasi serangan. Tidak berapa jauh dari situ, jurulatih bola sepak, Azmeel Firdaus bersedia dengan wisel di tangannya. “Bila saya tiup, awak lari ke depan,” arah Azmeel sambil melambai tangannya ke kedudukan di mana setiap pemain sepatutnya berada apabila mula membuat...
  • Calon STPM Separuh Buta Peroleh Keputusan Cemerlang, Mahu Jadi Cikgu

    Keadaan diri yang separuh buta tidak pernah mematahkan semangat Chew Sui Teng, 21, untuk berusaha keras hingga mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Chew yang merupakan murid berkeperluan khas masalah penglihatan, memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.84 dan berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan khas agar dapat menjadi...
  • Gadis Melayu Pelajari Tarian Singa, Tinggi Cita-Citanya

    Dari satu tiang ke tiang lain sambil membawa kepala singa seberat 5kg, beliau melompat dan berpusing di atas tiang itu. Siti Aishah, 11, kelihatan tidak punyai sebarang masalah melakukan aksi-aksi dalam tarian singa. Usianya mungkin muda. Tetapi, beliau merupakan salah seorang anggota tarian singa Persatuan Sukan & Kebudayaan Meihu Pulau Pinang. Beliau yang menuntut di SJKC Pei Ying di...
  • PR1MA, Mohd Hanafi & Keluarga

    Bertahun lamanya, Encik Hanafi dan isterinya, Puan Norakamawaty menyewa di Kulim, Kedah bersama empat orang anak mereka. Kedudukan sekolah yang jauh menyebabkan mereka terpaksa menghantar sendiri tiga anak yang bersekolah dalam perjalanan ke tempat kerja.  Bukan itu sahaja, sebaik sesi persekolahan selesai anak-anak ini harus mengambil bas sekolah untuk pulang ke rumah. Manakala yang...
  • Dato' Lat: Belajar Perpaduan Dari Kecil

    Tidak susah untuk menjadi satu generasi yang bersatu padu. Ianya perlu bermula dari peringkat awal. Sejak kecil lagi saya agak rapat dengan rakan-rakan pelbagai bangsa yang lain. Semuanya bermula sewaktu saya berusia antara 7 hingga 10 tahun dan saya mula belajar bergaul serta mengenali budaya kaum lain. Disebabkan pekerjaan ayah sebagai seorang kerani askar, kami kerap berpindah-randah....
  • Dari London ke Malaysia

    Semasa saya memulakan perjalanan untuk mengembara sejauh 11,000 km merentasi London ke Malaysia, ramai orang menganggap saya boleh melakukannya tanpa bersusah-payah kerana saya seorang atlet. Tidak, itu semua tak benar. Sepanjang perjalanan itu, saya berbasikal sejauh 100 km setiap hari merentasi padang pasir, salji dan hutan. Dan itu membuatkan ramai yang kagum dan ingin tahu mengenai perjalanan...
  • Berpuasa sejak umur 16 tahun

    Saya mula berpuasa kira-kira 16 tahun lalu. Ketika itu, saya baru berumur 16 tahun dan bekerja sambilan di sebuah butik pengantin di Parit Buntar, Perak. Di situ, pemilik kedai sentiasa menyediakan makanan bagi sarapan dan juga makan tengahari. Setiap bulan Ramadan pula, ianya akan dialih kepada penyediaan juadah berbuka puasa. Kebetulan, ketika saya mula bekerja ianya minggu akhir Ramadan....
  • Kegembiraan seorang guru

    Sebagai seorang yang berasal dari Ipoh, Perak, saya telah biasa dengan kehidupan di bandar. Sebaik tamat sekolah, saya melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke luar negara. Tetapi saya langsung tidak menyangka bakal dihantar ke kawasan yang jauh dari zon selesa saya.  Pertama kali dikehendaki melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor di Dungun, Terengganu,...
  • SK Sapagaya, Kinabatangan

    Pengalaman sepanjang menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sapagaya, Kinabatangan, Sabah merupakan salah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan.  SK Sapagaya hanya mempunyai 24 orang murid dan 12 orang guru. Ia dikelaskan sebagai sekolah kategori pedalaman 1.  Pertama kali ke sana, saya terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda dan bermalam di kawasan yang...
  • Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian 1Malaysia

    "Saya rasa memang klise, bila cakap nak jumpa doktor gigi semua takut. Masa kecil takut sakit, dah besar takut mahal lah pula. Tapi masalah gigi saya dah sampai tahap tak tahan, terpaksa pergi juga. Kawan beritahu Klinik 1Malaysia di UTC Kotaraya JB ada buat rawatan pergigian, jadi saya pun pergi. Perkara pertama yang saya perasan adalah betapa bersih dan modennya klinik ini. Yang kedua...
  • Sarjan Mejar Awang bin Teh

    "Arwah bapa saya dulu anggota polis Bahagian Trafik Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang. Waktu hartal dan rusuhan antara kaum berlaku di sana, pernah sekali dia kena kejar dengan sekumpulan ahli rusuhan di Perak Road. Habis basikal arwah hancur dikerjakan mereka. Tetapi nasib baik arwah ada kawan baik berbangsa Cina di Perak Road yang tolong arwah. Malah, dia juga tolong gantikan basikal...
  • Puan Subaidah Sahib

    "Semasa bermula sebagai seorang pengusaha kantin sekolah, saya tiada pengalaman langsung mengenai dunia perniagaan atau mempunyai sebarang modal. Kebetulan waktu itu ada pengusaha lain ingin menjual perniagaannya. Penuh tekad untuk menceburi bidang ini, saya terus mengambil alih perniagaan sedia ada. Saya meminjam sebanyak RM10,000 dari Koperasi Serbaguna Guru-Guru Melayu Selangor untuk...
  • Salmi Abdul Mukti

    "Saya bermula sebagai seorang anggota pangkat bawahan sebelum dinaikkan pangkat sebagai seorang Pegawai Kanan Bomba 2 selepas 25 tahun bekerja. Dari bahagian pengurusan, saya kemudiannya beralih ke bahagian operasi, di mana saya kini bertanggungjawab sebagai seorang penyelia.  Pada mulanya, arwah bapa tidak yakin dengan kebolehan saya mengikuti kursus dan menjalani latihan rekrut...
  • Azree Feekree bin Zamzuri

    "Sebagai individu cacat penglihatan, saya sedar bahawa pendidikan adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin masa depan yang lebih sempurna. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas supaya dapat menyumbang dan menyediakan peluang serta kemudahan pendidikan sama rata untuk murid-murid keperluan khas seperti saya. Kejayaan dua orang kakak, Siti Nor...
  • Andy Telasai

    ”Saya ambil SPM pada tahun 2004. Saya cukup gementar sebenarnya kalau keputusan kurang baik dan saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi bila dapat keputusan tu memang legalah, keputusan cukup baik untuk masuk universiti. Jika keputusan anda sangat baik, anda mungkin layak untuk memohon ke sebarang kolej atau universiti. Tetapi, keputusan yang kurang bagus itu tidak...
  • Cikgu Shafidah

    "Saya ambil SPM tahun 2004 dahulu, Alhamdulillah, dapat keputusan cemerlang dan dinobatkan pelajar terbaik sekolah. 12 tahun kemudian pada hari ini 3 Mac 2016, saya berbangga berkongsi kegembiraan anak-anak murid saya pula yang berjaya cemerlang dalam SPM. Saya berpegang kepada prinsip "Apa yang kita beri kepada pelajar, itulah yang akan kita dapat.." Maksudnya, jika guru menggunakan pelbagai...
  • Revathy Bawadas Kumar

    "Saya seorang pelajar separuh masa sewaktu mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2002. Jadi ia tidak mudah untuk saya. Tetapi saya bersyukur apabila memperolehi keputusan baik. Semestinya ayah gembira lebih-lebih lagi apabila saya diumumkan sebagai lima terbaik di sebuah institut pendidikan. Saya lega akhirnya penat lelah saya berhasil. Jika saya mampu...
  • Fatihah Husna binti Sofian

    “Sambutan hari jadi tahun ini lebih istimewa dengan kelahiran bakal anak sulung saya, Insya-Allah. Ia hadiah yang tidak ternilai bagi saya dan lebih menarik, ia jatuh pada tahun lompat. Saya rasa amat disayangi dan dihargai kerana ia tidak berlaku selalu setiap tahun seperti orang lain. Pasti ada kejutan istimewa yang disediakan apabila tiba 29 Februari dan saya sama sekali tidak menyangkanya...