banner-CM.jpg

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

Jika anda mempunyai #CeritaMalaysia untuk dikongsi, hantarkan kepada kami!

 

Kongsi Kisah Anda

 

  • Fatihah Husna binti Sofian

    March 1st
    2016
    “Sambutan hari jadi tahun ini lebih istimewa dengan kelahiran bakal anak sulung saya, Insya-Allah. Ia hadiah yang tidak ternilai bagi saya dan lebih menarik, ia jatuh pada tahun lompat. Saya rasa amat disayangi dan dihargai kerana ia tidak berlaku selalu setiap tahun seperti orang lain. Pasti ada kejutan istimewa yang disediakan apabila tiba 29 Februari dan saya sama sekali tidak menyangkanya.
  • Nur Hidayat Bin Sariyati

    Februari 29th
    2016
    Setiap tahun, isteri saya tetap akan mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saya pada tengah malam 28 Feb walaupun keesokannya 1 Mac. Saya akan menyertai majlis sambutan hari jadi sesiapa sahaja sekiranya ada kerana tiada tarikh khusus untuk saya tahun itu. Tetapi tanggal 29 Feb yang tiba hanya 4 tahun sekali, memang meriah! Seluruh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan sekolah dan sepejabat pasti tidak henti-henti mengucapkannya kepada saya. Kerana tarikh itu amat istimewa.”
  • N. Thanabalan

    Februari 24th
    2016
    “Perpaduan harus bermula dari peringkat sekolah. Jika di sekolah, pelajar semua bangsa dilatih bersama-sama. Kemudian, sama juga di peringkat negeri. Tetapi jika sudah diasingkan dari peringkat sekolah, itu adalah penamatnya. Tiada sesiapa akan bergaul bersama. Mereka harus mula berkawan sejak sekolah, jangan asingkan mereka. Bergaul bersama dan anda akan dapat semula kegemilangan seperti era 60an dan 70an..”
  • Calvin Goh

    Februari 23rd
    2016
    "Saya ingat sekarang dah tak ada lagi orang baling limau mandarin untuk cari jodoh semasa Chap Goh Meh. Tetapi, semalam bapa saya hantarkan gambar ini kepada saya melalui Whatsapp. Katanya dia telah tolong ‘pancingkan’ semua limau mandarin ini dengan harapan saya akan bertemu jodoh secepat mungkin!"  Calvin Goh, 29 tahun berasal dari Ipoh
  • Datuk Santokh Singh

    Februari 23rd
    2016
    “Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama. Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya lupakan sehingga ke hari ini.”
  • Raja

    Januari 24th
    2016
    "Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam.  Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak." Raja berkongsi pengalaman setiap Thaipusam apabila ribuan pengunjung datang ke Batu Caves untuk beribadah.
  • Manu dan Shan

    Januari 24th
    2016
    "Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan". Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi yang melakukan kerja amal ini. 
  • Ally Schact

    Januari 23rd
    2016
    "I've been here in Malaysia for about 2 weeks. Batu Caves and Thaipusam festival is very famous, so I took the opportunity to come and see for myself. I'm not an artist, drawing is just a hobby I've had since I was small. Although this is not my religion, the thing that I admire the most is the determination of the people, the things that they do for their god. It is extraordinary." Ally Schact from Sweden shared her admiration for the beauty of Thaipusam. 
  • Pegawai Bomba Al-Hakim Ismail

    November 22nd
    2015
    "Ia pengalaman pertama bagi saya dalam menangani situasi seperti itu sejak bertugas tiga tahun lalu di Balai Bomba Pudu. Ini adalah antara kes kes paling rumit disebabkan faktor keadaan dan bentuk bangunan selain kedudukan mangsa yang tidak statik" Pegawai Bomba Al-Hakim Ismail berjaya menyelamatkan seorang mangsa cuba bunuh diri di Flat Sri Sarawak meskipun keadaan geografi yang sukar. Tonton video kejadian mendebarkan tersebut di http://1malaysia.com.my/affiliates/bukan-mudah-jadi-bomba
  • Pegawai Bomba Mohd Fariszuan

    November 20th
    2015
    “Tugas bomba ni sebenarnya sukar. Kita masuk api, orang keluar. Orang awam keluar, kita masuk api. Orang bunuh diri, kita yang tanggung risiko dia." Pegawai Bomba Mohd Fariszuan Jumaat berjaya menyelamatkan seorang mangsa cuba bunuh diri dengan berkomunikasi dengannya menggunakan bahasa Mandarin. Tonton video kejadian mendebarkan tersebut di http://1malaysia.com.my/affiliates/bukan-mudah-jadi-bomba
Share in: