banner-CM.jpg

March 7th, 2016

"Sebagai individu cacat penglihatan, saya sedar bahawa pendidikan adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin masa depan yang lebih sempurna. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas supaya dapat menyumbang dan menyediakan peluang serta kemudahan pendidikan sama rata untuk murid-murid keperluan khas seperti saya.

Kejayaan dua orang kakak, Siti Nor Laila dan Siti Nurjannah yang berjaya memiliki ijazah dan bergelar guru membakar semangat saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya percaya anda perlu sentiasa yakin diri boleh melakukannya walau apapun kekurangan mahupun kekangan dialami. Tiada apa yang mustahil untuk dikecapi dengan izin Allah SWT."

Azree Feekree bin Zamzuri terpilih sebagai antara Pelajar Terbaik STPM 2015 dalam kategori pelajar istimewa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun cacat penglihatan, beliau tidak berputus asa mengikuti pembelajaran bersama guru-guru Tingkatan 6 dan Unit Pendidikan Khas Sekolah Menengah St. John di Kuala Lumpur setiap hari. Baginya, ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan adalah penyuntik semangat dirinya untuk berjaya

Share in: