banner-CM.jpg

March 3rd, 2016

"Saya ambil SPM tahun 2004 dahulu, Alhamdulillah, dapat keputusan cemerlang dan dinobatkan pelajar terbaik sekolah. 12 tahun kemudian pada hari ini 3 Mac 2016, saya berbangga berkongsi kegembiraan anak-anak murid saya pula yang berjaya cemerlang dalam SPM.

Saya berpegang kepada prinsip "Apa yang kita beri kepada pelajar, itulah yang akan kita dapat.." Maksudnya, jika guru menggunakan pelbagai cara untuk membimbing dan membantu pelajar, sudah pasti pelajar akan berjaya, Insya-Allah."

Cikgu Shafidah kini mengajar subjek Sains Pertanian di SMK Batu 17, Padang Lumat, Guar Chempedak, Kedah. Walaupun sekolah ini berada di kawasan luar bandar, para pelajarnya berjaya mengekalkan kejayaan dalam SPM dengan 4 mata pelajaran mendapat keputusan lulus 100% iaitu Bahasa Melayu, Sains Pertanian, Geografi dan Pendidikan Seni Visual dan peningkatan dalam Gred Purata Sekolah.

Tahniah kepada para pelajar dan guru-guru SMK Batu 17 dan juga semua pelajar seluruh Malaysia yang mengambil keputusan SPM2015 hari ini.

Share in: