Datuk Santokh Singh
23 Februari 2016

“Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama.

Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya lupakan sehingga ke hari ini.”

Datuk Santokh Singh, legenda bola sepak dan bekas pemain kebangsaan Malaysia sepanjang era 1970an dan 1980an. Beliau bermain di samping Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan R. Arumugam.