banner-CM.jpg

March 29th, 2016

"Saya rasa memang klise, bila cakap nak jumpa doktor gigi semua takut. Masa kecil takut sakit, dah besar takut mahal lah pula. Tapi masalah gigi saya dah sampai tahap tak tahan, terpaksa pergi juga. Kawan beritahu Klinik 1Malaysia di UTC Kotaraya JB ada buat rawatan pergigian, jadi saya pun pergi.

Perkara pertama yang saya perasan adalah betapa bersih dan modennya klinik ini. Yang kedua bila tengok cas harga perubatan, saya macam tak percaya. Kenapa murah sangat? Pendaftaran cuma seringgit, cabut 1 batang gigi RM1, tampal cuma RM2, scaling pun cuma RM2. Selalunya kalau ke klinik swasta, saya sudah dicaj ratusan ringgit. Di sini kakitangan pun ramah, perkhidmatan pun cepat, dalam 1 jam siap semua."

Produk-produk seperti Klinik 1Malaysia dan Klinik Pergigian 1Malaysia telah dibangunkan bagi memberi manfaat dan meringankan beban kewangan rakyat.

Selain klinik, kita turut mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia dan banyak lagi.

Share in: