#LensaNegaraku
15 November 2017

Sedar atau tidak, kita sering memuji keindahan negara lain tanpa menyedari betapa bertuahnya kita berpijak di bumi bergelar Malaysia. 

Dengan landskap alam semulajadi negara seperti hutan hujan tropika, gua batu kapur serta pulau dan pantai yang indah, menjadikan Malaysia antara lokasi yang sentiasa memberi inspirasi kepada pelancong luar dan tempatan. Lebih istimewa, pengalaman itu pastinya datang bersama ‘pakej’ berupa keunikan budaya masyarakat setempat yang pelbagai. 

Selain itu, banyak pembangunan serta kemajuan negara telah kita nikmati bersama sejak negara mencapai kemerdekaan. Contohnya Mass Rapid Transit (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Rel Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR), Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) serta Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

Landskap, masyarakat, budaya dan keseimbangan pembangunan. Semuanya ada di bumi Malaysia!

Bagi menterjemahkan detik-detik istimewa ini dan membawakan erti keseronokan, nikmat dan rasa bangga bergelar seorang rakyat Malaysia, maka #LensaNegaraku diwujudkan. 

Diilhamkan daripada pertemuan bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, #LensaNegaraku memperkenalkan jurugambar-jurugambar era baru untuk berkongsi bakat dan hasil kerja mereka di laman Instagram @1Malaysia_Official.

#LensaNegaraku menampilkan Adly Aizad, Nasrul Faiz (Faiz Dickie), Hishamuddin Hashim (Abeden), Shafiq Saleh, Taufiq Nadzri dan Kamarulzaman (Z.Own) yang telah mengembara ke lokasi-lokasi menarik seluruh negara bagi mengabadikan detik Negaraku, Kebanggaanku.

Anak-anak muda dengan identiti dan kreativiti yang tersendiri ini lahir daripada pelbagai latar belakang.

Ikuti perjalanan mereka merentasi setiap pelosok negara dan nikmati warna-warni kehidupan yang ada di tanah air kita menerusi #LensaNegaraku di https://www.instagram.com/1malaysia_official/.