banner-CM.jpg

September 12th, 2015

“Ketika berusia 16 tahun, saya mewakili perbarisan peringkat negeri Terengganu menerusi Kadet Remaja Sekolah. Memang rasa sangat seronok waktu itu kerana turut serta adalah badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kami berarak di sekeliling bandar Kemaman dalam lingkungan 10 kilometer. Selain dapat membawa panji Jalur Gemilang, saya berasa bangga kerana keluarga dan jiran tetangga turut menyaksikan saya berkawad. Saya berasal dari Kemaman dan mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.

Tahun ini pula, saya dan seluruh ahli keluarga pergi ke Melaka untuk melihat sendiri bangunan bersejarah di sana. Dengan cara itu, kami dapat menghayati perjuangan orang lama selain menghargai sejarah tinggalan yang menyimpan seribu satu makna dan nostalgia.”

Nur Izyan Mohd Noor

Share in: