Perancangan 5 Tahun Akan Datang Untuk Penjawat Awam
17 April 2018

Pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah menggariskan perancangan lima tahun akan datang untuk penjawat awam. 

Antara fokus yang diberikan termasuklah kebajikan kepada penjawat awam yang digariskan dalam beberapa fokus utama termasuk sistem penggajian, perumahan dan bantuan kebajikan untuk anggota keselamatan dan pesara tentera. 

➕ Kenaikan satu gaji tahunan (Mulai Julai 2018)


➕ Kenaikan pangkat 'time-based' berasaskan kecemerlangan kali kedua untuk kumpulan pelaksana dipendekkan daripada 13 tahun kepada 10 tahun


➕ Gred baharu DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan (Mulai 1 Jan 2019)


➕ 1 peratus kenaikan kadar pencen secara sekali bayar (1 Julai - 31 Dis 2018)


➕ Pesara Kerajaan dan anak-anak boleh beli PPA1M


➕ 1,800 unit rumah dalam program SASaR untuk veteran ATM


➕ 45,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera menjelang 2030


➕ Menaiktaraf peralatan  & kepakaran hospital ATM


➕ Membina Hospital Veteran ATM pertama Malaysia di Ipoh


➕ 10,000 unit rumah PPA1M untuk PDRM


➕ 10,000 unit Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) untuk anggota ATM


➕ Tingkat kuota haji khas untuk pesara ATM dan PDRM


➕ Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran untuk pesara tentera mulakan perniagaan


➕ Tambah kedai PERNAMA untuk anggota tentera beli keperluan pada harga lebih rendah


➕ Bina lebih banyak poliklinik di kem tentera


➕ Laksana Skim Anuiti Veteran bagi anggota tentera bukan dalam skim pencen


➕ Bantuan Khas RM600 setahun kepada veteran ATM yang tidak menerima pencen atau BR1M


➕ Program Bantuan Baiki Rumah Veteran Tentera 1Malaysia untuk manfaatkan 1,800 anggota menjelang 2020


➕ Naik taraf prasarana 9 Sekolah Cemerlang dan 2 Sekolah Berprestasi Tinggi untuk anak tentera


➕ Naik taraf bilik darjah dan bilik guru di 38 sekolah dalam kem tentera


➕ Perkhidmatan awam mencerminkan kepelbagaian etnik


➕ Perluas amalan waktu kerja fleksibel di sektor awam

Setiap penjawat awam memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pentadbiran negara. Pencapaian negara yang diperolehi sejak 60 tahun ini merupakan hasil sumbangan dan kecekapan penjawat awam dalam mengurus tadbir urus dan hasil negara.