Sambut Semua Perayaan
27 Julai 2015

“Kita di sini sambut semua perayaan. Hari Raya, Hari Merdeka, Hari Raya Cina. Cuma Krismas kita tak sambut - bukan sebab apa - sebab hari Krismas hari cuti sekolah tutup. Semua murid-murid tak ada. Tapi kadang-kadang tu murid-murid waktu cuti sekolah tak nak cuti, nak datang sekolah! Cuma cikgu-cikgulah perlu cuti.
Kita berkhidmat kepada negara ada banyak cara, ini cara kami untuk bantu anak-anak Rohingya supaya bila mereka ingat Malaysia, mereka ingat Malaysia yang terbaik.”

Puan Habsah Marjuni, pengerusi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia yang mengoperasikan pusat pembelajaran asas untuk kanak-kanak pelarian Rohingya.