Sarjan Mejar Awang bin Teh
24 March 2016

"Arwah bapa saya dulu anggota polis Bahagian Trafik Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang. Waktu hartal dan rusuhan antara kaum berlaku di sana, pernah sekali dia kena kejar dengan sekumpulan ahli rusuhan di Perak Road. Habis basikal arwah hancur dikerjakan mereka. Tetapi nasib baik arwah ada kawan baik berbangsa Cina di Perak Road yang tolong arwah. Malah, dia juga tolong gantikan basikal baru untuk arwah.

Dia selalu cakap, kisah ini bukti bahawa sia-sia sahaja kalau kita simpan kebencian pada mana-mana kaum atau bangsa, lebih-lebih lagi di Malaysia yang berbilang kaum. Manusia tidak kira warna; Cina ke, Melayu ke, India ke, orang putih ke, ada yang baik dan ada yang jahat. Memang fitrah manusia. Yang penting kita berniat baik dan berbuat baik pada semua. Itulah 1Malaysia."

Kisah Allahyarham Sarjan Mejar Awang bin Teh, diceritakan oleh anaknya sempena sambutan Hari Polis ke-209 esok. 

Kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), terima kasih kami ucapkan kerana menjaga keselamatan negara dan kesejahteraan penduduknya.