Sudirman Mohd ****r
2 September 2015

"Saya memang aktif dalam perbarisan peringkat negeri sejak berada di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau, Sabah. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tawau saya pernah mewakili kadet pertahanan awam. Itu antara kenangan manis dan menggembirakan setiap kali sambutan merdeka yang mana kami melakukan aksi tabik hormat lalu diselangi laungan kemerdekaan.

Kalau di kampung pula Kampung Jalan Apas, ketua kampung akan mengagihkan bendera percuma di setiap rumah dan dengan cara itu, kami yang muda belia fahamlah sudah tiba ulang tahun merdeka. Selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, tahun 2014 adalah detik pertama saya merasai sambutan dan melihat secara langsung perarakan di Dataran Merdeka. Selama ini tengok kat Televisyen sahaja. Tahun lepas, saya dan kawan-kawan pakai baju mewakili warna jalur gemilang. Saya berpakaian merah, dan tiga lagi rakan masing-masing memperagakan baju serba biru, putih dan kuning lalu kami merakam gambar kenangan. Sampai sekarang saya tak lupa pengalaman naik LRT dan jalan kaki menuju ke Dataran."

Sudirman Mohd Tahir