Zaharul-Lail
11 Oktober 2015

“Masa itu tak banyak kereta, tahun '85, '86. Saya kayuh basikal cari ada ke kereta rosak tengah jalan, ada sahaja kereta rosak saya berhenti, saya bagi perkhidmatan. Saya cakap dengan tuan punya kereta saya tak ada nak ambil upah, nak tolong. Macam itulah nak kembangkan workshop ni. Pasal dorang tak percaya orang OKU kan? Tangan (jari) saya 4, belah kiri 1, 5 jari mana boleh bekerja kan? Lepas itu kaki palsu pula.

Saya cari pengalaman lagi sekitar Kuala Lumpur, ada yang bayar gaji saya RM100, RM150. Bila saya yakin boleh buat, saya buka bawah pokok, saya buat breakdown balik, cari mana ada kereta rosak saya repair. Bila saya dapat modal sikit daripada pejabat welfare, saya buka sendiri, beli spanar semua.

Ada yang pekerja OKU sekarang dah bekerja dengan saya 15 tahun ada, 20 tahun ada, sampai sekarang dah boleh beli kereta, beli rumah di sini. Alhamdulillah.”

Zaharul-Lail, pengusaha OKU berjaya dengan bengkel sendiri di Kuala Lumpur