banner-CM.jpg

Every one of us has a perspective, experience and life story that relates to our beautiful Malaysia, a country rich in cultural traditions and practices. #CeritaMalaysia is a platform for us all to share our unique and inspiring stories. #CeritaMalaysia is our story. 

Have a #CeritaMalaysia to tell? Click the link below and share it with us.  

 

Submit Your Story

 

  • Dari Ajuk ke Kuasai Bahasa Tamil

    October 9th
    2017
    JIKA ada kemahuan, apa cara sekalipun pasti membuahkan hasil. Itulah yang dilakukan seorang guru, Ramli Ahmad Rozali, 49, apabila mula petah berbahasa Tamil sejak usia 11 tahun lagi. Tanpa perlu mendapatkan sebarang kursus atau menghadiri kelas bahasa, anak sulung daripada lima beradik ini hanya mempelajari bahasa itu melalui perbualan dengan rakan-rakan. Menurutnya, kehidupan bermasyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama di Kuarters Kerajaan Greentown, Ipoh sekitar tahun 70-an dahulu menjadi titik permulaan yang memperkenalkannya kepada bahasa Tamil.
  • Buta Mata, Celik Hati

    October 3rd
    2017
    Cekal dan kuat semangat.  Walaupun menghadapi masalah penglihatan tapi hatinya celik menguruskan perniagaan. Itulah keistimewaan Arni Najihah Mea Abdullah, pemilik Berjaya Reflexology Centre di Kuantan, Pahang.  Minat mendalam kepada bidang perniagaan mendorong ibu kepada tiga anak ini untuk menceburi bidang urutan refleksologi. Pengalaman mengendalikan perniagaan itu sejak 12 tahun lalu bersama suami, Hazizul Md Yusof, 40, yang mengalami masalah rabun teruk telah menjadikannya lali menempuh ‘asam garam’ perniagaan.
  • Semarakkan Perayaan Dengan Kuih Bulan Halal

    September 28th
    2017
    Oleh Noor Bakhtiar Ahmad
  • 60 tahun tetap segar di ingatan

    August 30th
    2017
    Penghormatan menaikkan Jalur Gemilang secara rasmi buat pertama kali masih terpahat dalam ingatan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamad Sharif Kalam, 82, biarpun peristiwa itu sudah 60 tahun berlalu. Tugas itu dilaksanakan sambil diiringi lagu Negaraku yang berkumandang tepat jam 8 pagi selepas laungan merdeka oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
  • Gemuruh Sorakan Malaysia

    August 29th
    2017
    Ayuh Malaysia! Malaysia Boleh! Jika anda pernah hadir dan saksikan sendiri temasya sukan bertaraf antarabangsa, pasti anda dapat rasakan semangat para penyokong yang datang demi atlet negara. Tak kurang juga ada yang tiba dan berkobar-kobar menzahirkan sokongan mereka dengan paluan kompang, pukulan dram dan tiupan wisel. Bagi Zarina Md Ismail, 44, dari Sandakan, Sabah, kehadiran kelab-kelab peminat serta penyokong ini antara penyumbang kepada keyakinan atlet yang bertanding.
  • Pecahkan Rekod Saya – Cabar G. Shanti

    August 16th
    2017
    Bekas ratu pecut negara, G. Shanti mahu atlet olahraga Sukan SEA 2017 memecahkan rekod yang dipegang beliau dalam acara 100 meter dan 200 meter. Baginya rekod 24 dan 19 tahun itu sudah terlalu lama dan seharusnya mampu dileburkan dengan pencapaian baru di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Dengan kecanggihan teknologi moden zaman sekarang, beliau optimis atlet olahraga mampu merealisasikan misi tersebut.
  • Istimewa Hari Gawai: Kisah Cinta Bumi Kenyalang

    May 31st
    2017
    Meskipun dilahirkan dalam sebuah perkahwinan campur, namun gadis manis ini cukup berbangga untuk bergelar seorang anak watan negeri Sarawak. Alena Lipang Ose Murang, 28, pemain alat muzik tradisional sape mengakui dia lebih menyenangi kehidupan di Sarawak kerana kepelbagaian etnik penduduknya serta kaya dengan adat, seni dan budaya yang sebati dalam dirinya. Walaupun ibunya berbangsa Inggeris namun Alena lebih senang membawakan jati diri anak Bumi Kenyalang, sama seperti bapanya yang berketurunan Kelabit.
  • Cikgu Perdana Menteri dan Negara

    May 23rd
    2017
    Pada zaman 1970-an, setiap kali ke ‘Bilik Pandang Dengar’ di sekolah, ia pasti menjadi antara aktiviti ditunggu-tunggu oleh pelajar. Waktu itu bermakna mereka berpeluang menonton saluran TV Pendidikan yang disiarkan di kaca televisyen dalam hitam putih. Pelbagai rancangan menarik diterbitkan mengikut subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Inggeris dan Sivik. Antaranya, rancangan ‘Bing and Bong’ yang memaparkan watak dua badut lucu mengajar penonton berbahasa Inggeris. 
  • Kasut Sukan Hadiah Ibu, Pembakar Semangat Latif

    May 13th
    2017
    Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Kata orang, bergelar ibu kepada seorang 'anak istimewa' itu bukan mudah adalah suatu yang klise. Namun hakikatnya melahirkan dan membesarkan anak yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) sememangnya memerlukan ketabahan serta kekuatan yang luar biasa. Meskipun menyedari si anak menghadapi masalah pembelajaran, namun ia tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang dan perhatian daripada seorang yang dipanggil ‘mak’.
  • Istimewa Hari Bomba Sedunia: Bomba, Wira Tak Didendang

    May 4th
    2017
    “Apa sahaja kecemasan berlaku, panggil bomba!” Itu perkara pertama yang biasanya terlintas di fikiran kita setiap kali berlaku kemalangan, kebakaran, banjir, tanah runtuh, ancaman haiwan berbahaya dan sebagainya. Dalam tempoh beberapa minit sahaja, kelibat anggota bomba lengkap berpakaian oren tiba di lokasi kecemasan. Mereka sentiasa bersiap-siaga untuk satu tujuan iaitu menyelamatkan nyawa tidak kira manusia, haiwan mahupun harta benda.
Share in: