Calvin Goh
23 January 2015

"Saya ingat sekarang dah tak ada lagi orang baling limau mandarin untuk cari jodoh semasa Chap Goh Meh. Tetapi, semalam bapa saya hantarkan gambar ini kepada saya melalui Whatsapp. Katanya dia telah tolong ‘pancingkan’ semua limau mandarin ini dengan harapan saya akan bertemu jodoh secepat mungkin!" 

Calvin Goh, 29 tahun berasal dari Ipoh

Mengikut tradisi, selepas makan malam pada hari Chap Goh Meh, gadis-gadis akan diiringi oleh ahli keluarga mereka untuk membaling limau mandarin ke dalam sungai atau laut yang berdekatan dengan harapan akan bertemu jodoh mereka segera. Untung kita di Malaysia, bermacam tradisi berbeza dapat dipelajari dan dialami bersama!