Hairulazim Mahmud
3 September 2015

"Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, terlintaslah di benak minda lagu-lagu patriotik yang selalu dipasang di corong radio dan televisyen. Antara yang saya ingat sampai sekarang adalah dendangan penyanyi, Roy , Inilah Barisan Kita. Lagu berkenaan memang menyusuk kalbu kerana sangat menggambarkan pengorbanan tentera kita.
Sebab itulah setiap kali ibu bapa saya bawa tengok perarakan di Dataran Merdeka, saya akan seronok melihat aksi tentera dan perbarisan pasukan berpakaian seragam yang lain. Alangkah baiknya jika lagu-lagu sebegini masih kerap dimainkan supaya semangat patriotisma tetap menjalar dalam diri segenap lapisan masyarakat."

Hairulazim Mahmud