banner-about_0.jpg

April 18th, 2017

Adakah anda antara yang tergolong dalam individu berpendapatan dan masih belum dapat membeli rumah pertama yang diidamkan?

Berita baik untuk anda!

Dengan bantuan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang diwujudkan khusus untuk pembeli rumah PR1MA, memiliki rumah sendiri kini bukan lagi sekadar angan-angan “Mat Jenin” buat rakyat Malaysia.

PR1MA merujuk kepada penyediaan rumah-rumah berkualiti tinggi yang berkonsepkan gaya hidup moden untuk penduduk berpendapatan sederhana, dengan pelbagai lokasi strategik sekitar bandar-bandar utama seluruh negara.

Lebih penting, ia dijual pada harga yang berpatutan antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja.

Tip-tips untuk memiliki rumah PR1MA:

1. Banyakkan kajian

Terdapat beberapa skim istimewa seperti Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), tetapi SPEF ekslusif untuk pembeli rumah PR1MA sahaja.

Ia menawarkan pakej pinjaman menyeluruh terutama kepada pembeli rumah pertama dan membolehkan pembeli yang layak dapatkan kadar pinjaman yang lebih tinggi. Malah, pembeli juga boleh membayar ansuran bulanan pinjaman rumah lebih rendah daripada pinjaman biasa berbanding pembiayaan konvensional lain.

Skim eksklusif ini mendapat kerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Bayangkan jika anda satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Melalui SPEF, anda layak meminjam sehingga nilai maksimum RM283,200 dengan komitmen ansuran bulanan sebanyak RM880.

Bagi 5 tahun pertama, anda hanya perlu membayar balik faedahnya sahaja. Sebagai perbandingan, jika dengan pembiayaan konvensional anda hanya layak untuk pinjaman sebanyak RM187,000.

Jadual di bawah menyediakan garis panduan mendapatkan pinjaman maksimum. Ia tertakluk kepada terma dan syarat yang diberikan oleh bank tertentu.

Melalui kaedah ini, individu yang mempunyai komitmen kewangan lebih penting seperti pinjaman kereta atau pinjaman peribadi boleh menggunakan tempoh masa tersebut untuk mengubah jumlah komitmen kepada nilai lebih rendah, sesuai ikut kemampuan masing-masing.

Mereka hanya perlu membayar jumlah pokok pinjaman SPEF mulai tahun keenam sehingga pembayaran pinjaman selesai.

2. Kukuhkan kewangan sebelum anda layak memohon pinjaman

a. Periksa dan perbaiki skor anda dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

b. Sediakan segala dokumen dan maklumat terkini anda seperti slip gaji 3-6 bulan, penyata bank, penyata KWSP, borang cukai pendapatan dan lain-lain.

c. Simpanan tunai.

3. Kemampuan bayaran balik pinjaman

a. Pastikan bayaran ansuran bulanan adalah mengikut kemampuan kewangan anda

b. Pilih rumah pada harga yang mampu dibiayai

Kemampuan membeli rumah bukan saja bergantung kepada berapa yang dipinjam. Tapi, kita juga perlu pertimbangkan bayaran pendahuluan sebelum memiliki rumah itu termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti bayaran guaman dan duti setem.

Kesimpulannya

Kebiasaannya individu berusia 25 hingga 36 tahun merupakan pembeli rumah pertama. Jika pada usia 25 tahun sudah mampu memiliki rumah, di usia 60 tahun biasanya anda sudah selesai membayar balik pinjaman perumahan. Biarlah rumah pertama itu kita jadikan sebagai tempat kediaman, bukan pelaburan dan PR1MA amat bersesuaian untuk tujuan itu.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari laman web PR1MA di  www.pr1ma.my.

(Artikel ini telah diterjemah dari artikel asal The Star)

Share in: