#1malaysia

Dari Ajuk ke Kuasai Bahasa Tamil

Dari Ajuk ke Kuasai Bahasa Tamil

JIKA ada kemahuan, apa cara sekalipun pasti membuahkan hasil. Itulah yang dilakukan seorang guru, Ramli Ahmad Rozali, 49, apabila mula petah berbahasa Tamil sejak usia 11 tahun lagi.

Tanpa perlu mendapatkan sebarang kursus atau menghadiri kelas bahasa, anak sulung daripada lima beradik ini hanya mempelajari bahasa itu melalui perbualan dengan rakan-rakan.

Menurutnya, kehidupan bermasyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama di Kuarters Kerajaan Greentown, Ipoh sekitar tahun 70-an dahulu menjadi titik permulaan yang memperkenalkannya kepada bahasa Tamil.