banner-about_0.jpg

60 tahun tetap segar di ingatan

Penghormatan menaikkan Jalur Gemilang secara rasmi buat pertama kali masih terpahat dalam ingatan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamad Sharif Kalam, 82, biarpun peristiwa itu sudah 60 tahun berlalu.

Tugas itu dilaksanakan sambil diiringi lagu Negaraku yang berkumandang tepat jam 8 pagi selepas laungan merdeka oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Undefined

Nur Izyan Mohd Noor

“Ketika berusia 16 tahun, saya mewakili perbarisan peringkat negeri Terengganu menerusi Kadet Remaja Sekolah. Memang rasa sangat seronok waktu itu kerana turut serta adalah badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kami berarak di sekeliling bandar Kemaman dalam lingkungan 10 kilometer. Selain dapat membawa panji Jalur Gemilang, saya berasa bangga kerana keluarga dan jiran tetangga turut menyaksikan saya berkawad. Saya berasal dari Kemaman dan mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.

Undefined

Muhammad Zulhilmi Mat Saad

“’Lihatlah bendera kita dengan mata hati, barulah kita sayang dan hargai Jalur Gemilang kebanggaan kita,’ saya takkan pernah lupa pesan ayah, bekas Komander Tentera Darat Malaysia. Berbekalkan kata-kata inilah saya sanjung tinggi bendera Malaysia dan tidak pernah lupa untuk mengibarkannya terutama pada detik bersejarah setiap tahun. Sehingga kini, ayah pun masih pasang bendera di rumah seawal sebulan sebelum tarikh 31 Ogos.

Undefined

Sudirman Mohd Tah Tahir

"Saya memang aktif dalam perbarisan peringkat negeri sejak berada di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau, Sabah. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tawau saya pernah mewakili kadet pertahanan awam. Itu antara kenangan manis dan menggembirakan setiap kali sambutan merdeka yang mana kami melakukan aksi tabik hormat lalu diselangi laungan kemerdekaan.

Undefined

Shuhada Mansor

"Jalur gemilang dan bendera Kedah sentiasa berkibar di hadapan rumah saya di kampung halaman. Kami adik-beradik dah biasa dengan semangat patriotik bapa yang pernah bertugas sebagai renjer selama lapan tahun di Borneo. Bapa sekarang dah cecah usia 80-an, dulu pernah bertarung menentang komunis sebagai angkatan pertama yang mempertahankan kawasan darat di Sabah pada awal 60-an. Itu antara babak yang tidak pernah saya lupakan dalam banyak-banyak pengalamannya bertugas mempertahankan tanah air.

Undefined
Share in: