banner-about_0.jpg

Abdul Halim Mahmood

“Saya takkan lupa kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2011 di Pulau Pinang. Ketika itu sesi perarakan diadakan di Padang Perbandaran Seberang Perai dan dihadiri masyarakat segenap lapisan umur. Saya berasa sangat bangga dan terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berasa bangga seperti itu. Walaupun cuaca terik, tapi semangat peserta perbarisan dan penonton memang boleh dilihat dan dirasai.”

Abdul Halim Mahmood

Undefined

Imran Adnan

“Selama ini kita hanya didedahkan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan kali pertama saya menyedari kemeriahan sambutan penyatuan Semenanjung dan Borneo adalah pada 2010. 
Ketika itu barulah saya mengulang pembacaan mengenai sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara kita. Kita pernah belajar menerusi subjek sejarah tetapi kita tidak pernah menghayatinya.”

Imran Adnan

Undefined

Anies Najiah Sa'ari

“Teringat kenangan sambutan merdeka pertama saya di KL Convention Centre. Saya yang menuntut di UNISEL Bestari Jaya bersama rakan ke ibu kota untuk saksikan sendiri ambang merdeka. Kami berasa begitu teruja sekali apabila dapat lihat percikan bunga api dan laungan kemerdekaan oleh seisi penonton yang hadir. Jika dibandingkan dengan suasana kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan, ia lebih banyak dipenuhi dengan hiasan.

Undefined

Nur Izyan Mohd Noor

“Ketika berusia 16 tahun, saya mewakili perbarisan peringkat negeri Terengganu menerusi Kadet Remaja Sekolah. Memang rasa sangat seronok waktu itu kerana turut serta adalah badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kami berarak di sekeliling bandar Kemaman dalam lingkungan 10 kilometer. Selain dapat membawa panji Jalur Gemilang, saya berasa bangga kerana keluarga dan jiran tetangga turut menyaksikan saya berkawad. Saya berasal dari Kemaman dan mewakili Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.

Undefined

Junaidah Jusoh

"Terbayang kenangan sambutan kemerdekaan setiap tahun yang mana kampung di sekitar Tumpat, Kelantan penuh dengan pelbagai hiasan termasuk replika yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Antara yang masih kuat di ingatan adalah hiasan kapal terbang yang dibentuk daripada besi dan didekorasi menggunakan warna dan Jalur Gemilang. Setiap kali sambutan merdeka saya memang ambil kesempatan untuk bersiar-siar melihat kreativiti masyarakat setempat.

Undefined

Muhammad Zulhilmi Mat Saad

“’Lihatlah bendera kita dengan mata hati, barulah kita sayang dan hargai Jalur Gemilang kebanggaan kita,’ saya takkan pernah lupa pesan ayah, bekas Komander Tentera Darat Malaysia. Berbekalkan kata-kata inilah saya sanjung tinggi bendera Malaysia dan tidak pernah lupa untuk mengibarkannya terutama pada detik bersejarah setiap tahun. Sehingga kini, ayah pun masih pasang bendera di rumah seawal sebulan sebelum tarikh 31 Ogos.

Undefined

Hairulazim Mahmud

"Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, terlintaslah di benak minda lagu-lagu patriotik yang selalu dipasang di corong radio dan televisyen. Antara yang saya ingat sampai sekarang adalah dendangan penyanyi, Roy , Inilah Barisan Kita. Lagu berkenaan memang menyusuk kalbu kerana sangat menggambarkan pengorbanan tentera kita.

Undefined

Sudirman Mohd Tah Tahir

"Saya memang aktif dalam perbarisan peringkat negeri sejak berada di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Apas, Tawau, Sabah. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tawau saya pernah mewakili kadet pertahanan awam. Itu antara kenangan manis dan menggembirakan setiap kali sambutan merdeka yang mana kami melakukan aksi tabik hormat lalu diselangi laungan kemerdekaan.

Undefined
Share in: