• Menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.

  • Memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.

  • Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan-usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

  • Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan untuk menawarkan skim sewa-untuk-beli.

  • Membantu pembeli-pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.

  • Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik.

  • Menubuhkan tribunal penyelesaian konflik.

  • Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif-inisiatif perumahan mampu milik.

  • Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.

  • Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.

  • Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah Kerajaan yang tidak diutilisasikan secara optimum.

  • Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

  • Membina lebih banyak rumah komuniti FELDA.