• Menyediakan anak muda Malaysia berusia di bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh 6 bulan.
  • Menambah jumlah Rumah Transit Belia 1Malaysia kemudahan kepada belia yang baru bekerja.
  • Meningkatkan kebolehpasaran graduan menganggur melalui program Apprenticeship Malaysia dalam 5 industri rintis.
  • Mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET, melalui TVET Bootcamp (3 hingga 6 bulan) yang dirangka bersama bakal majikan.
  • Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan amali berstruktur (internship) dan kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar universiti awam.
  • Memperkasa pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amali berstruktur di syarikat-syarikat berasaskan industri halal.
  • Menganjurkan kelas seni dan program sukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di Projek Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
  • Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negara dengan mencerna idea dasar baru. Yang terbaik (melalui aplikasi MyCadang) akan dipilih untuk pembentangan bulanan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Menyediakan dana tahunan untuk setiap idea terbaik bagi 10 aspirasi utama dalam Kanvas Belia TN50.
  • Memperhebat program MyLESEN dengan menyediakan subsidi untuk mengambil lesen motosikal kelas B2.
  • Melatih belia-belia Orang Asli dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menerajui industri hijau dan penjagaan alam sekitar.
  • Mengurangkan beban untuk pasangan-pasangan muda yang ingin berkahwin.
  • Membina portal dan aplikasi e-Riadah.
  • Mempertingkatkan penglibatan belia dengan pihak berkuasa tempatan melalui penubuhan Majlis Belia PBT.
  • Menaiktaraf kompleks-kompleks Belia dan Sukan di seluruh negara.
  • Menaiktaraf infrastruktur kompleks-kompleks sukan mini di peringkat kejiranan.
  • Memperkasa belia yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui program Skim Rentas Kerjaya.
  • Memperluas program perantisan dalam syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
  • Mewujudkan peluang latihan digital di Pusat Internet 1Malaysia bagi menyediakan belia luar bandar untuk pekerjaan alaf baru.
  • Meluaskan penggunaan YEN sebagai portal sehenti untuk usahawan-usahawan muda.
  • Mempertingkat jumlah usahawan belia luar bandar dengan memperluas Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) di setiap daerah.
  • Meneraju misi pembelajaran sepanjang hayat melalui kelas Massive Open Online Course (MOOC).
  • Memberi peluang kedua kepada bekas tahanan, bekas penagih dadah dan golongan wanita terlanjur melalui latihan TVET dan penubuhan Tabung Peluang Kedua.