• Melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak-Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.
  • Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun di kalangan keluarga miskin tegar.
  • Meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda menjamin masa depan yang cerah untuk kelahiran baru.
  • Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas seperti pelepasan cukai.
  • Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.
  • Membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.
  • Memperuntukkan cuti khas 7 hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.
  • Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka FELDA di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati FELDA Malaysia di semua penempatan FELDA