• Mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley – yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.
  • Menyemarakkan industri berteknologi tinggi untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • Mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
  • Memperluaskan amalan waktu kerja fleksibel di sektor awam.
  • Mengurangkan kebergantungan pekerja asing.
  • Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.
  • Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
  • Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baru.
  • Mempertingkatkan literasi kewangan dengan memperluaskan program AKPK.
  • Memperkenalkan modul literasi kewangan di sekolah-sekolah menengah.
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
  • Memperluaskan peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas di mana perkhidmatan-perkhidmatan mereka boleh dipasarkan secara dalam talian.
  • Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Negara.
  • Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja.
  • Special Economic Zone Bukit Kayu Hitam, Kedah