• Memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.
  • Membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
  • Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.
  • Meningkatkan jaringan pengangkutan awam Lembah Klang dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) fasa 3 dan Sistem Aliran Transit Massa (MRT) fasa 3.
  • Membina Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru.
  • Menaiktaraf dan menyelenggara jalan persekutuan secara berkala sebagai alternatif kepada lebuh raya bertol.
  • Menaiktaraf landasan berkembar Lembah Klang sepanjang 42km.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan bas pengantara.
  • Membina sebuah pelabuhan moden bertaraf dunia di Pulau Carey.
  • Membina landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.
  • Mewujudkan zon ekonomi baharu di kawasan sempadan dengan membangunkan kawasan-kawasan ketersambungan jalan raya.
  • Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kota Bharu di Semenanjung.
  • Membina Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.
  • Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan di Pulau Labuan – pembinaan jambatan dan menambah pelantar feri.
  • Menyiapkan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping menjelang 2020.
  • Menaiktaraf fasiliti jeti, terminal dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Pulau Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM86.5 juta.
  • Membina dan menaiktaraf jambatan-jambatan di kawasan kritikal seperti di Batang Lupar, Temerloh, Kota Tinggi dan Batang Kali.
  • Meluaskan kawasan liputan Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) sepanjang 600km di Semenanjung.
  • Membina lebuh raya Laluan Lingkaran Tengah yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.
  • Membina saluran paip gas asli sepanjang 140km dari Ayer Tawar ke Ipoh.
  • Mewujudkan pembangunan bandar baharu moden dan hijau di sepanjang jajaran pengangkutan awam.
  • Mewujudkan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bersepadu di seluruh negara.
  • Menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3.
  • Menaiktaraf gerabak perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS).
  • Menaiktaraf jalan dan penyuraian trafik di pelabuhan-pelabuhan.
  • Membina Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Lembah Chuping.
  • Membaik pulih gerabak dan lokomotif KTM.
  • Membaik pulih infrastruktur landasan dan jambatan keretapi Pantai Timur.
  • Menggalakkan penggunaan elektrik secara optimum melalui pemasangan meter pintar dan lampu LED.
  • Meningkatkan penggunaan bas elektrik secara berperingkat bagi mengurangkan emisi karbon dioksida.
  • Menaiktaraf sistem pengairan dan saliran di 143 lokasi untuk meningkatkan pengeluaran padi.
  • Menaiktaraf 422km jalan di dalam kawasan-kawasan FELDA.
  • Membina dan menaiktaraf jalan ladang meliputi jarak sepanjang 830km.
  • Memperhebat agenda kesalinghubungan antara kawasan-kawasan luar bandar melalui pembinaan 383 jambatan kecil di seluruh negara.
  • Menambah lampu jalan di dalam kawasan-kawasan penempatan FELDA.
  • Menaiktaraf 419km sistem pembentungan di kawasan-kawasan FELDA.
  • Menaiktaraf jalan di kawasan sawah sepanjang 623km bagi memudahkan pengangkutan padi.
  • Membina 4 loji Rawatan Kumbahan Wilayah dan Rangkaian Paip Pembentungan di Semenanjung.
  • Menambah tanda, garisan dan lampu jalan di kawasan-kawasan FELDA meliputi 1,240km.
  • Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.
  • Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.
  • Lebuhraya PLUS dari Yong Peng ke Johor Bahru daripada 4 lorong menjadi 6 lorong.
  • Lebuhraya baharu Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas di Melaka.
  • Lebuhraya Tepoh-Kuala Nerus dari Terengganu ke Kelantan.
  • Lapangan Terbang Baharu di Sri Iskandar di Perak.
  • Lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis.
  • Lebuhraya di Kelantan dari Gua Musang ke Kota Bharu