• Menuju ke arah Kerajaan Digital melalui penambahan aplikasi dalam talian demi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam.
  • Memperkenalkan aplikasi iKepoh untuk membolehkan orang awam membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui telefon pintar.
  • Merekayasa ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan, dana pembangunan teknologi.
  • Mewujudkan 1 juta usahawan digital dalam tempoh 5 tahun.
  • Mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan masyarakat.
  • Mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah asing melalui pengenalan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian.
  • Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – memastikan tiada ketidakadilan dalam pemberian bantuan.
  • Memacu negara ke arah Revolusi Industri 4.0 untuk mencerakin data besar.
  • Merealisasikan sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25% kepada KDNK menjelang 2023.
  • Memperkasa ketelusan dengan memperkenalkan mekanisme Petisyen Awam.
  • Mana-mana petisyen dalam talian yang menerima lebih 30,000 sokongan akan mendapat maklum balas dari Kerajaan.
  • Menggubal Akta Berita Palsu bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam serta kestabilan ekonomi.
  • Menggubal Akta Dana Politik bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan parti-parti politik di Malaysia.
  • Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.
  • Meningkatkan ketelusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mewajibkan siaran langsung setiap kali ahli-ahli majlis bermesyuarat.
  • Mendedahkan laporan audit tahunan PBT untuk tatapan awam.
  • Mewajibkan Town Hall bersama penduduk secara berkala yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Merealisasikan transformasi PBT dengan mengaplikasikan keterbukaan maklumat.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam memperhalusi serta memberi maklumbalas mengenai isu-isu kepentingan awam.