• Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.
  • Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.
  • Mengintegrasi data usahawan-usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif Kerajaan berdasarkan platform Teraju Xchange.
  • Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).
  • Memperkasa sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.
  • Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signi kan dalam pembangunan ekonomi negara.
  • Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan-usahawan kecil.
  • Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.
  • Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia.
  • Meneruskan usaha mengembangkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat pemulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.
  • Improving the productivity of entrepreneurs, inventors and start-up firms by establishing various facilitation agencies such as PlatCOM.
  • Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.
  • Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.
  • Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.
  • Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara-pesara tentera memulakan perniagaan.
  • Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen agar dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.
  • Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.
  • Membina 20 buah pasar ikan di seluruh negara.
  • Menaiktaraf 3 buah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).