• Memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan Kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan. Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin.
  • Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.
  • Meneruskan kejayaan BR1M lebih efisien dan lebih berkesan.
  • Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.
  • Menambahbaik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.
  • Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M pada Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.
  • Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M sebanyak RM450, akan menerima tambahan RM150 pada Jun, bermakna jumlah keseluruhan adalah RM600.
  • Isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan akan menerima BR1M sebanyak RM700 dengan pembayaran dua kali pada Jun dan Ogos.