• Meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun.
  • Menubuhkan Fair Works Commission untuk menentukan paras gaji pekerja-pekerja sektor swasta agar lebih setimpal.
  • Memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah dan GLIC lain (kecuali KWSP).
  • Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
  • Meningkatkan kesejahteraan pekerja yang berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan melalui perluasan perlindungan insuran, pertambahan manfaat kesihatan dan kenaikan elaun kos sara hidup.
  • Memberi insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka FELDA.
  • Mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
  • Melupuskan hutang penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.
  • Melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka-peneroka FELDA
  • Melupuskan hutang tambahan peneroka-peneroka FELDA semasa proses penanaman semula.
  • Menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
  • Meningkatkan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun-pekebun kecil getah.
  • Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan demi petani dan nelayan.
  • Memperluaskan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.
  • Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.
  • Meminda Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan bagi meluaskan kuasa KPDNKK.
  • Mentransformasi sektor pertanian ke arah industri berpendapatan tinggi dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Pemanjangan tempoh pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Memberi Bantuan Khas sebanyak RM600 setahun kepada veteran ATM berusia 60 tahun ke atas yang tidak menerima pencen dan BR1M.
  • Menstruktur semula bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
  • Memberikan insentif cukai individu sebanyak RM1,000 setahun untuk mereka yang menyumbang ke arah pemerkasaan seni budaya negara.
  • Memberi dana sebanyak RM3 juta kepada Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) pada setiap 5 tahun.
  • Menyediakan geran sebanyak RM5 juta setiap lima tahun kepada penggerak badan warisan.
  • Memperkaya usaha pemekaran seni budaya dalam masyarakat melalui penyediaan lokasi seperti Wisma Kesenian & Kebudayaan.
  • Mewujudkan dana kebajikan sebanyak RM10 juta untuk membantu kumpulan budaya dan industri kreatif.
  • Mempertingkatkan jumlah geran mikro pengkaryaan Content Malaysia Pitching Centre kepada RM10,000.
  • Menilai semula bajet produksi dan pengisian untuk stesen-stesen televisyen swasta.
  • Menstruktur semula bantuan untuk Orang Asli melalui pembinaan prasarana.
  • Memperhebat Kampung Baru Cina melalui pembinaan lebih banyak kemudahan asas.
  • Memperkasa taraf sosioekonomi masyarakat India melalui Unit Pembangunan Masyarakat India (SEDIC) JPM.