• Memahirkan 5 juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0.
  • Menaiktaraf semua sekolah daif di seluruh negara.
  • Memadankan pelajar universiti dan bakal majikan di bawah SL1M 2.0.
  • Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi.
  • Menaiktaraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
  • Menaikkan had Insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.
  • Mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan lebih baik di bilik darjah.
  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).
  • Mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris melalui Program Dwibahasa (DLP), Program Imersif Tinggi (HIP) dan memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.
  • Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.
  • Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.
  • Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.
  • Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti-universiti awam.
  • Memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 orang peserta.
  • Mengendalikan bengkel ilmu keibubapaan di kawasan yang sudah dikenalpasti.
  • Mentransformasi infrastruktur di universiti-universiti awam untuk kampus bestari.
  • Menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah.
  • Memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
  • Menaiktaraf prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di Sekolah untuk anak-anak tentera.
  • Menaiktaraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P.Ramlee.
  • Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.
  • Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.
  • Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.
  • Tajaan sehingga 80% kos pengajian untuk pelajar cemerlang dengan sekurang-kurangnya 9A+ dengan tawaran ke Universiti Oxford / Cambridge / 10 universiti terkemuka dunia.
  • Tajaan untuk pelajar cemerlang dengan tawaran universiti luar negara selain Universiti Oxford / Cambridge / 10 universiti terkemuka dunia, termasuk untuk pelajar SPM 2015 & 2016 tajaan JPA.
  • Tajaan peringkat persediaan sebanyak RM6,340 setahun untuk pelajar cemerlang dengan sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017.