National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Konsep “blue ocean strategy” telah diilhamkan oleh dua orang pemikir pengurusan, Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne yang membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara dan masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan.

NBOS kini merupakan titik fokus kepada usaha-usaha transformasi Kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.

 

 

Perkara Utama Dalam NBOS

  • Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif
  • Kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi
  • Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum
  • Meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat
  • Menggunakan sumber sedia ada
  • Hasil berimpak tinggi

Lapan Bidang Impak

Mencipta satu ekosistem bertaraf dunia untuk melonjakkan bidang keusahawanan dan memperlengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan usaha-usaha perniagaan kreatif mereka.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Malaysian Global Innovation And Creativity Centre (MaGIC)
  • 1Malaysia EnTrepreneurs (1MET)
  • 1ASEAN Entrepreneurship Summit (1AES)
  • Blue Ocean Entrepreneurs Township (BOET)
  • 1Malaysia Blue Ocean Entrepreneurs (1MBOE)
  • Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016

Kerajaan mencari peluang-peluang pendapatan baharu yang kreatif dengan mengoptimakan penggunaan sumber-sumber sedia ada yang tidak digunakan. Kerajaan turut bekerjasama dengan sektor swasta untuk memastikan rakyat memiliki kemahiran-kemahiran yang dituntut oleh majikan-majikan demi mencapai kejayaan dalam ekonomi yang berteraskan kreativiti dan inovasi.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • 1Malaysia Skills Training & Enhancement For The Rakyat (1MASTER)
  • Creating New High Income Opportunities By Utilising Public Land
  • My Kampung, My Future (MKMF)
  • 1Malaysia Skills And Employability Programme (SKK1M)
  • Bioeconomy Community Development Programme (BCDP)

Untuk mengintegrasikan pembangunan dan memperkukuhkan perhubungan antara bandar dan luar bandar. Membolehkan aliran dua-hala barangan dan perkhidmatan yang membawa kepada pendapatan tinggi dan harga yang rendah, dan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kerajaan.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Rural Transformation Centres (RTCs)
  • My Best Buy/MyFarm Outlet
  • Military Community Transformation Centres (MCTCs)
  • 1Malaysia Youth Cities (1MYC)
  • Urban Launchpad For Youth

Sumber-sumber merentasi agensi-agensi Persekutuan, Negeri dan tempatan serta sektor swasta digerakkan untuk memberi sokongan kepada komuniti-komuniti tempatan dan kumpulan-kumpulan terpinggir untuk ditambah baik dan menyelenggara infrastruktur tempatan, dan untuk mencipta peluang-peluang ekonomi untuk meningkatkan tahap pendapatan.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • My Beautiful Neighbourhood (MyBN)
  • My Beautiful Malaysia (MyBM)
  • Community Support For School Teachers
  • University Community Transformation Centres (UCTCs)
  • Visit My Kampung 
  • Voluntourism
  • 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1PESARA)
  • 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP)

Dilaksanakan untuk mengurangkan jurang antara Kerajaan dan rakyat.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Urban Transformation Centres (UTCs)
  • 1Malaysia Customer Service Of Civil Servants (1SERVE)
  • Social Public-Private Partnership (PPP)
  • Building Rural Basic Infrastructure Using Military Resources
  • 1Malaysia One Call Centre (1MOCC)
  • Mobile Community Transformation Centres (Mobile CTCs)
  • 1Malaysia Training Centres (1MTCs)
  • Micro PPP (Public-Private Partnership)
  • 1Malaysia Discount Card
  • Mobile KR1M
  • 1Malaysia Family Care

Memberi fokus ke arah menyemai budaya kesukarelawanan dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan belia.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • 1Malaysia For Youth (1M4U)
  • National Service 2.0
  • Volunteering for International Professionals (VIP)
  • Seniors Volunteering Programme (SVP)

Memperkasa wanita di akar umbi di seluruh negara agar mereka dapat menyumbang secara aktif dalam pembangunan komuniti dan keluarga selain dapat menjadi agen-agen transformasi sosial dan ekonomi dalam komuniti.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Women Empowered for You (WE4U)
  • Amanita

Memperkukuhkan keselamatan negara melalui satu Sistem Keselamatan Menyeluruh yang merentasi polis, tentera dan anggota-anggota keselamatan lain bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), orang awam dan sektor swasta demi memastikan keselamatan negara terjamin.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Blue Ocean Policing
  • Community Rehabilitation Programme (CRP)
  • Go-To- Safety-Points (GTSP)
  • Certified Security Guards (CSGs)
  • 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON)