banner-about_0.jpg

Ogos 25th, 2017

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan mengenakan bayaran tertentu untuk memiliki rumah itu.

Perbadanan PR1MA Malaysia menegaskan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk perkhidmatan berkenaan.
Tambahnya, orang ramai boleh melawat laman web rasmi mereka untuk senarai ejen hartanah yang dilantik oleh PR1MA Malaysia bagi membantu mengendalikan penjualan rumah PR1MA.

Bagaimanapun, ejen yang dilantik itu tidak dibenarkan untuk mengenakan apa-apa caj bagi perkhidmatan mereka. 
Ini kerana mereka telah dilantik untuk urusan jualan rumah PR1MA termasuk permohonan pinjaman pemohon.

"Kami sememangnya telah mula melantik ejen hartanah di seluruh negara untuk membantu memasarkan rumah PR1MA, tetapi 'ejen' yang meminta pendaftaran atau bayaran pemprosesan daripada pemohon adalah palsu," kata perbadanan tersebut.

Malah, pihak PR1MA juga tidak pernah mengenakan yuran pendaftaran atau pemprosesan dan sekaligus menafikan laporan individu yang mendakwa sebagai ejen di portal dalam talian serta kes-kes di mana pemohon ditipu oleh ejen palsu yang meminta bayaran sebagai balasan untuk mendapatkan rumah PR1MA.

Nanyang Siang Pau melaporkan mereka menerima aduan daripada pembaca bahawa beberapa ‘ejen’ telah mempromosikan rumah PR1MA di halaman Facebook mereka dan meminta wang tunai RM500 untuk mendapatkan satu unit semasa pengundian.

(Artikel ini telah diterjemahkan daripada artikel asal)

Share in: