banner-about_0.jpg

Januari 27th, 2017

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap bantuan itu dapat membantu penerima BR1M. "Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

"Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. - BERNAMA
 

Share in: