banner-about_0.jpg

Disember 14th, 2016

KUCHING: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah mengemas kini permohonan secara online mahupun manual boleh menghantar salinan dokumen pengesahan yang diperlukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Ne-geri (LHDN) Malaysia atau pejabat daerah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN Cawangan Kuching Shahminan Ahmad, ia bagi memudahkan proses penghantaran dokumen seperti sijil kahwin, sijil cerai dan sijil kematian daripada pihak penerima BR1M yang berada di kawasan luar bandar.

Justeru, Shahminan me-nyarankan agar para penerima mengemas kini permohonan atau melakukan permohonan baharu sehingga 31 Disember ini.

“Mereka boleh melakukan kemas kini secara ‘online’ dengan melayari portal rasmi iaitu ebr1m.hasil.gov.my.

“Atau hadir ke cawangan LDHN untuk membuat permohonan baharu atau kemas kini maklumat secara ma-nual,” katanya ketika ditemui di pejabat LHDN Cawangan Kuching, semalam.

Beliau menegaskan bahawa penerima BR1M perlu mengemas kini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi mengelakkan permohonon ditolak.

Mengulas lanjut berhubung permohonan gagal, Shahminan berkata terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada perkara tersebut.

Antaranya, maklumat peribadi tidak tepat, doku-men pengesahan tidak disertakan, tiada maklumat pasangan bagi pemohon yang berstatus kahwin, jumlah tanggungan tidak tepat, jumlah permohonan yang lebih daripada satu (suami dan isteri melakukan permohonan berasingan) dan tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun.

“Oleh itu, saya menyeru kepada orang ramai agar membuat kemas kini dengan memasukkan maklumat yang betul bagi mengelak permohonan ditolak,” kata-nya.

Menjelaskan perkara itu, isu dokumen (salinan sijil kahwin, kelahiran, cerai dan kematian) perlu dihantar bagi tujuan pengesahan untuk mengelak kes penipuan seperti pemalsuan maklumat.

Tegas Shahminan, pemohon yang mengemukakan maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BR1M.

Share in: