banner-about_0.jpg

Jun 19th, 2017

Berapa dan Bila

Sejak diumumkan dalam Bajet 2017, bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah digantikan dengan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi yang dikreditkan ke Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Bantuan sejumlah RM250 seorang ini boleh digunakan untuk pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer serta akses internet.

 

Sana dan Sini

Melalui KADS1M, para pelajar boleh menggunakannya sebagai kad debit, kad ATM & untuk mendapatkan diskaun di kedai-kedai terpilih

 

Semuanya Atas Talian

Bagi mereka yang telah berjaya membuat permohonan melalui Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my/bppt, pemohon secara automatik juga akan mempunyai Akaun Simpanan-i Bank Rakyat di mana caj tahunan RM5 akan diserap oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

 

Semak Emel. Pembayaran Berperingkat.

Jika permohonan berjaya, Bank Rakyat akan memaklumkan melalui emel bagi tujuan pengambilan KADS1M seperti yang didaftarkan pelajar secara berperingkat.

 

Senang Semak.

Bagi yang belum mendapat sebarang maklumbalas, mereka dinasihatkan untuk menyemak semula permohonan di Bank Rakyat melalui talian 1-300-80-5454 atau 03-5526 9000.

 

 

Penyediaan kad dilakukan berdasarkan pengesahan dan padanan maklumat serta pengkreditan dana yang tertakluk kepada pengesahan data daripada pihak KPT.

 

Sedang Menanti

Melalui pengesahan data antara Bank Rakyat dan KPT, terdapat 570,000 kad telah disediakan untuk pelajar yang layak mendapatkan KADS1M tetapi hanya 214,811 yang telah mengambilnya setakat ini.  Secara keseluruhannya, hampir 1 juta pelajar telah memohon KADS1M.

KADS1M dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Bank Rakyat dengan kerjasama KPT.

(Artikel ini telah dikemaskini pada 22 Jun)

Share in: