Klinik 1Malaysia terus berikan khidmat untuk golongan memerlukan

Julai 10th, 2017

KLINIK 1Malaysia adalah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Inisiatif kemudahan rawatan kesihatan ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, dengan perasmian awal 50 buah klinik di seluruh negara yang dibangunkan dengan peruntukan RM10 juta menerusi Bajet 2010.

Kini sudah terdapat lebih 33 klinik seumpamanya di seluruh negara dan ia beroperasi di kawasan strategik yang dekat dengan kawasan perumahan.

Bayaran yang dikenakan hanya RM1 bagi warganegara Malaysia. 

Kewujudannya bukan bertujuan memberi saingan mahupun menggantikan fungsi klinik swasta, sebaliknya ia mensasarkan hal ehwal penjagaan kesihatan bagi golongan miskin bandar.

Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.

Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15.