banner-about_0.jpg

Oktober 6th, 2015

Detik manis dan makna perpaduan bagi saya adalah apabila meraikan pelbagai perayaan. Saya adalah penganut agama Kristian dan berketurunan Kadazan. Isteri pula mempunyai latar belakang campuran Cina, Singh, Kadazan dan Murut. Ada juga ahli keluarga yang sudah menganut agama Islam. Jadi, bagi saya nilai perkongsian yang ada di negara ini amatlah istimewa. Pada musim perayaan, kami saling menziarahi dan sama-sama meraikan hari-hari berkenaan.

Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, belum tentu saya akan mengalami pengalaman kelakar ketika Hari Kebangsaan. Pada tahun 1994 saya mewakili Sekolah Kebangsaan Lopora, Sandakan dalam Perbarisan Peringkat Daerah Sandakan. Ketika pandang hormat, kami melalui padang yang becak sehinggakan kasut kami tertanggal. Saya yang berada di barisan depan berasa serba salah sama ada mahu memungut kembali kasut atau sebaliknya. Apabila menoleh ke belakang rupa-rupanya, rakan-rakan lain sibuk mengambil kasut masing-masing.

Harapan saya adalah kita teruskan apa yang dimiliki kerana Malaysia adalah tempat terbaik di dunia. 

 

Share in: