banner-about_0.jpg

Oktober 6th, 2017

Apakah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)?

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilaksanakan demi memanfaatkan rakyat supaya dapat menikmati pelbagai kemudahan dan peluang menerusi perkhidmatan bersepadu yang disedia atau ditawarkan oleh Kerajaan. Ia berfungsi melalui kerjasama antara Kementerian, agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak swasta dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan melalui projek-projek atau idea-idea kreatif dan inovatif.

Konsep “blue ocean strategy” telah diilhamkan oleh dua orang pemikir pengurusan, Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne yang menggariskan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Kini, NBOS adalah titik fokus kepada usaha-usaha transformasi Kerajaan dan berfungsi sebagai pemangkin kepada program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Perkara Utama Dalam NBOS

  • Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif
  • Kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi
  • Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum
  • Meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan kepada rakyat
  • Menggunakan sumber sedia ada
  • Hasil berimpak tinggi

 

Lapan Bidang Impak

  • Keusahawanan
  • Penjanaan Pembangunan
  • Perhubungan Bandar dan Luar Bandar
  • Transformasi Masyarakat
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Yang Efektif
  • Menggalakkan Semangat Kesukarelawanan
  • Pemerkasaan Wanita
  • Sistem Keselamatan Menyeluruh

 

Keusahawanan

Mencipta satu ekosistem bertaraf dunia untuk melonjakkan bidang keusahawanan dan memperlengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan usaha-usaha perniagaan kreatif mereka.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Pusat Inovasi & Kreatif Global Malaysia (MaGIC)
  • Program Keusahawanan 1Malaysia Entrepreneurs (1MET)
  • Sidang Kemuncak Keusahawanan 1ASEAN (1AES)
  • Blue Ocean Entrepreneurs Township (BOET)
  • Usahawan Lautan Biru 1Malaysia (1MBOE)
  • Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016

 

Penjanaan Pembangunan

Kerajaan mencari peluang-peluang pendapatan baharu yang kreatif dengan mengoptimakan penggunaan sumber-sumber sedia ada yang tidak digunakan. Kerajaan turut bekerjasama dengan sektor swasta untuk memastikan rakyat memiliki kemahiran-kemahiran yang dituntut oleh majikan-majikan demi mencapai kejayaan dalam ekonomi yang berteraskan kreativiti dan inovasi.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • 1Malaysia Skills Training & Enhancement For The Rakyat (1MASTER)
  • Mencipta Peluang Pendapatan Tinggi Baharu Dengan Menggunakan Tanah-Tanah Awam
  • My Kampung, My Future (MKMF)
  • Skim Kemahiran Kerjaya 1Malaysia (SKK1M)
  • Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP)

 

Perhubungan Bandar dan Luar Bandar

Untuk mengintegrasikan pembangunan dan memperkukuhkan perhubungan antara bandar dan luar bandar. Membolehkan aliran dua-hala barangan dan perkhidmatan yang membawa kepada pendapatan tinggi dan harga yang rendah, dan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan Kerajaan.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
  • My Best Buy/MyFarm Outlet
  • Pusat Transformasi Komuniti Tentera (MCTC)
  • Bandar Belia 1Malaysia (1MYC)
  • Urban Launchpad For Youth

 

Transformasi Masyarakat

Sumber-sumber merentasi agensi-agensi Persekutuan, Negeri dan tempatan serta sektor swasta digerakkan untuk memberi sokongan kepada komuniti-komuniti tempatan dan kumpulan-kumpulan terpinggir untuk ditambah baik dan menyelenggara infrastruktur tempatan, dan untuk mencipta peluang-peluang ekonomi untuk meningkatkan tahap pendapatan.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • My Beautiful Neighbourhood (MyBN)
  • My Beautiful Malaysia (MyBM)
  • Sokongan Komuniti Untuk Guru Sekolah
  • Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
  • Visit My Kampung
  • Voluntourism
  • 1Malaysia Sokongan Persaraan Perkhidmatan Awam (1PESARA)
  • Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP)

 

Penyampaian Perkhidmatan Awam Yang Efektif

Dilaksanakan untuk mengurangkan jurang antara Kerajaan dan rakyat.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)
  • 1Malaysia Customer Service Of Civil Servants (1SERVE)
  • Social Public-Private Partnership (PPP)
  • Membina Infrastruktur Asas Luar Bandar Dengan Menggunakan Sumber Ketenteraan
  • Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC)
  • Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)
  • Pusat Latihan 1Malaysia (1MTCs)
  • Micro PPP (Public-Private Partnership)
  • Kad Diskaun 1Malaysia
  • Kedai Rakyat Bergerak 1Malaysia
  • 1Malaysia Family Care

 

Menggalakkan Semangat Kesukarelawanan

Memberi fokus ke arah menyemai budaya kesukarelawanan dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan belia.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • 1Malaysia For Youth (1M4U)
  • Program Latihan Khidmat Negara 2.0
  • Volunteering for International Professionals (VIP)
  • Seniors Volunteering Programme (SVP)

 

Pemerkasaan Wanita

Memperkasa wanita di akar umbi di seluruh negara agar mereka dapat menyumbang secara aktif dalam pembangunan komuniti dan keluarga selain dapat menjadi agen-agen transformasi sosial dan ekonomi dalam komuniti.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Women Empowered for You (WE4U)
  • Amanita

 

Sistem Keselamatan Menyeluruh

Memperkukuhkan keselamatan negara melalui satu Sistem Keselamatan Menyeluruh yang merentasi polis, tentera dan anggota-anggota keselamatan lain bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), orang awam dan sektor swasta demi memastikan keselamatan negara terjamin.

Antara inisiatif-inisiatif di bawah bidang ini:

  • Blue Ocean Policing
  • Community Rehabilitation Programme (CRP)
  • Go-To-Safety-Points (GTSP)
  • Certified Security Guards (CSGs)
  • 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON)
Share in: