banner-about_0.jpg

April 21st, 2017

Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap individu.

Malah, terdapat banyak skim-skim perumahan yang disediakan Kerajaan dikategorikan mengikut kelayakan pendapatan masing-masing. Antaranya, projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pastikan anda menepati syarat kelayakan ditetapkan sebelum membuat pemohonan PR1MA.

 

Kredit TheRakyat

Bagaimana ingin memohon PR1MA?

Daftarkan maklumat anda dengan PR1MA melalui laman web www.pr1ma.my untuk mendapatkan nombor rujukan. Dari situ, anda akan mula mendapat maklumat pelancaran projek-projek yang ada untuk membuat permohonan baru. Setakat 11 April 2017, 35 projek sedang dibuka untuk permohonan.

 

Kredit TheRakyat

Sebaik saja permohonan anda diluluskan dan pengundian unit telah dijalankan, anda pasti mula mencari sumber kewangan bagi membiayai rumah PR1MA yang bakal dimiliki.

Ada pelbagai cara untuk melakukannya. Antaranya melalui Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang eksklusif buat pembeli rumah PR1MA. Pastinya skim ini lebih istimewa berbanding pembiayaan konvensional.

Rumah akan diserahkan kepada anda sebaik saja memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan. Tahniah! Kini anda telah bergelar seorang pemilik rumah PR1MA.

 

Share in: