Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

SARA 1Malaysia adalah sebuah skim khas yang dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan institusi-institusi kewangan terpilih. Skim khas ini dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menabung dan melabur; selain membantu mereka menangani kos sara hidup. 

Skim ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk memohon pinjaman bernilai RM5,000 dari institusi yang mengambil bahagian untuk dilaburkan dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Ini seterusnya akan membolehkan mereka untuk menerima insentif bayaran yang menarik bagi pelaburan dan simpanan mereka. 

Untuk maklumat lanjut, layari ini.