Malaysia

Puan Subaidah Sahib

Puan Subaidah Sahib

"Semasa bermula sebagai seorang pengusaha kantin sekolah, saya tiada pengalaman langsung mengenai dunia perniagaan atau mempunyai sebarang modal. Kebetulan waktu itu ada pengusaha lain ingin menjual perniagaannya. Penuh tekad untuk menceburi bidang ini, saya terus mengambil alih perniagaan sedia ada.

Dari London ke Malaysia

Dari London ke Malaysia

Semasa saya memulakan perjalanan untuk mengembara sejauh 11,000 km merentasi London ke Malaysia, ramai orang menganggap saya boleh melakukannya tanpa bersusah-payah kerana saya seorang atlet. Tidak, itu semua tak benar. Sepanjang perjalanan itu, saya berbasikal sejauh 100 km setiap hari merentasi padang pasir, salji dan hutan. Dan itu membuatkan ramai yang kagum dan ingin tahu mengenai perjalanan saya.

Sarjan Mejar Awang bin Teh

Sarjan Mejar Awang bin Teh

"Arwah bapa saya dulu anggota polis Bahagian Trafik Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang. Waktu hartal dan rusuhan antara kaum berlaku di sana, pernah sekali dia kena kejar dengan sekumpulan ahli rusuhan di Perak Road. Habis basikal arwah hancur dikerjakan mereka. Tetapi nasib baik arwah ada kawan baik berbangsa Cina di Perak Road yang tolong arwah. Malah, dia juga tolong gantikan basikal baru untuk arwah.

Salmi Abdul Mukti

Salmi Abdul Mukti

"Saya bermula sebagai seorang anggota pangkat bawahan sebelum dinaikkan pangkat sebagai seorang Pegawai Kanan Bomba 2 selepas 25 tahun bekerja. Dari bahagian pengurusan, saya kemudiannya beralih ke bahagian operasi, di mana saya kini bertanggungjawab sebagai seorang penyelia. 

Azree Feekree bin Zamzuri

Azree Feekree bin Zamzuri

"Sebagai individu cacat penglihatan, saya sedar bahawa pendidikan adalah salah satu cara terbaik bagi menjamin masa depan yang lebih sempurna. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas supaya dapat menyumbang dan menyediakan peluang serta kemudahan pendidikan sama rata untuk murid-murid keperluan khas seperti saya.

N. Thanabalan

N. Thanabalan

“Perpaduan harus bermula dari peringkat sekolah. Jika di sekolah, pelajar semua bangsa dilatih bersama-sama. Kemudian, sama juga di peringkat negeri. Tetapi jika sudah diasingkan dari peringkat sekolah, itu adalah penamatnya. Tiada sesiapa akan bergaul bersama. Mereka harus mula berkawan sejak sekolah, jangan asingkan mereka. Bergaul bersama dan anda akan dapat semula kegemilangan seperti era 60an dan 70an..”

Calvin Goh

Calvin Goh

"Saya ingat sekarang dah tak ada lagi orang baling limau mandarin untuk cari jodoh semasa Chap Goh Meh. Tetapi, semalam bapa saya hantarkan gambar ini kepada saya melalui Whatsapp. Katanya dia telah tolong ‘pancingkan’ semua limau mandarin ini dengan harapan saya akan bertemu jodoh secepat mungkin!" 

Calvin Goh, 29 tahun berasal dari Ipoh

Datuk Santokh Singh

Datuk Santokh Singh

“Saya harap rakyat atau semua orang merasakan apa itu sebenarnya 1Malaysia. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan semua bangsa, bukan satu-satu bangsa tetapi semua bersama.

Pengalaman terbaik saya tentulah kejayaan layak ke Olimpik. Itulah perpaduan, satu pasukan bermain bersama untuk menang dan bermain untuk negara. Dan bermain untuk rakyat Malaysia. Itu adalah sesuatu yang takkan saya lupakan sehingga ke hari ini.”

Raja

Raja

"Dari tahun 1986, tiap-tiap tahun kami akan tolong cukur botak rambut hampir 2,000 pengunjung yang datang ke Batu Caves sempena Thaipusam. 

Amalan cukur rambut hingga botak ini adalah untuk tunaikan nazar. Mereka akan mohon dan doa untuk sesuatu, dan bila mereka dapat apa yang mereka minta, mereka perlu tunaikan nazar itu dengan cukur rambut hingga botak."

Manu dan Shan

Manu dan Shan

"Setiap tahun kami terima sumbangan untuk buka Thaneer Panthal, stesen beri minuman percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Bukan minuman sahaja, makanan percuma pun ada, vegetarian food, semua orang pun boleh makan".

Manu dan Shan, sukarelawan yang mengedarkan air percuma kepada pengunjung di Batu Caves. Ada banyak stesen Thaneer Panthal sekitar Batu Caves daripada pelbagai organisasi yang melakukan kerja amal ini.