banner-about_0.jpg

Andy Telasai

”Saya ambil SPM pada tahun 2004. Saya cukup gementar sebenarnya kalau keputusan kurang baik dan saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi bila dapat keputusan tu memang legalah, keputusan cukup baik untuk masuk universiti.

Jika keputusan anda sangat baik, anda mungkin layak untuk memohon ke sebarang kolej atau universiti. Tetapi, keputusan yang kurang bagus itu tidak bermakna ia pengakhiran kepada segalanya. Apa pun keputusan, kita perlu terus pandang ke hadapan untuk berjaya."

Undefined

Cikgu Shafidah

"Saya ambil SPM tahun 2004 dahulu, Alhamdulillah, dapat keputusan cemerlang dan dinobatkan pelajar terbaik sekolah. 12 tahun kemudian pada hari ini 3 Mac 2016, saya berbangga berkongsi kegembiraan anak-anak murid saya pula yang berjaya cemerlang dalam SPM.

Saya berpegang kepada prinsip "Apa yang kita beri kepada pelajar, itulah yang akan kita dapat.." Maksudnya, jika guru menggunakan pelbagai cara untuk membimbing dan membantu pelajar, sudah pasti pelajar akan berjaya, Insya-Allah."

Undefined
Share in: