Undi Negaraku

×

Mesej status

Submissions for this form are closed.

Undi Negaraku adalah satu inisiatif untuk membantu pengundi baharu untuk memahami bagaimana proses pilihan raya dijalankan, selain menunjukkan dengan cara mudah dan ringkas bagaimana untuk mengundi dengan betul pada pilihan raya umum yang akan datang. Langkah-langkah mengundi telah diilustrasikan dalam Buku Panduan Mengundi untuk rujukan anda, terutamanya pengundi-pengundi baharu yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan ketelusan sistem pilihan raya Malaysia, serta peranan ejen-ejen pilihan raya yang terdiri daripada wakil-wakil calon atau parti-parti yang bertanding sepanjang proses persediaan, pengundian dan pengiraan dalam memastikan satu pilihan raya yang adil dan telus. Jika anda seorang pengundi baharu dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses pengundian serta sistem pilihan raya Malaysia, kit Undi Negaraku ini khusus untuk anda!

DAPATKAN KIT UNDI NEGARAKU

Lengkap dengan panduan mengundi dan barangan eksklusif di bawah.
Kit ini adalah percuma dan terhad, sementara stok masih ada.

Perhatian

01
Kit Undi Negaraku ini disasarkan untuk pengundi-pengundi baharu sahaja dan seorang penerima hanya layak terima satu unit kit sahaja
02
Penghantaran hanya dibuat kepada butiran yang lengkap
03
Kami memandang serius privasi anda. Butiran yang disediakan hanyalah untuk penghantaran kit dan tertakluk kepada Dasar Privasi
04
Anda bersetuju untuk melanggan www.1Malaysia.com.my & www.najibrazak.com
Tutup

Apa maklumat
yang anda perlu tahu sebelum keluar mengundi?

KETAHUI LEBIH LANJUT